Azmin sudah disiasat: Anwar
SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mempertahankan Naib Presiden parti, Azmin Ali, yang didakwa terbabit dalam pembelian saham mencecah RM8 juta dengan dua individu lain seperti yang dibangkitkan pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, SA Vickneswaran. Anwar berkata, siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan. "Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada konvensyen PKR Selangor yang dirasmikan oleh isterinya dan juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, di sini hari ini. Mengenai pelantikan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar berkata ia antara lain bertujuan membantu memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang di negeri itu selain mempertahankan Selangor daripada dirampas semula oleh Barisan Nasional (BN). Selain itu, katanya, fokus utamanya ialah untuk membantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam beberapa isu yang wajar diberi perhatian seperti soal dana pertumbuhan ekonomi, pengurusan dan pelaburan di negeri itu.
"Kita juga akan fokuskan kepada beberapa isu lain juga seperti rangsangan ekonomi, beberapa isu yang masih dirundingkan dan percepatkan proses pelaksanaan projek yang tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ketat. Apapun tujuan saya lebih banyak membantu kedudukan Menteri Besar untuk terus mantap," katanya. Jumaat lalu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor dengan elaun bulanan tetap RM1 pada sesi penggulungan perbahasan bajet negeri 2010. - Bernama
Video Silibus KAFA
15 hours ago
4 comments:
salam lagenda..halakan pena kita kepada mangkuk ayun ni pulak!!Cakap memang terror tapi bila masuk mahkamah nanti kita tengok wan azizah dengan bung nuar nak senyum macam mana pulak..
Salam,
gelabah la tu.
Salam bro,
Ala..... apa nak heran dengan si peliwat ni.... cakap berdegar-degar, ekor penuh tahi.....
CCZ- Thank kerana tidak jemu2 memberikan komen ,Mangkok Tingkat ni memang kita kena tentang habis-habisan,
JUNAH - Thank,Memang dia tengah dok gelabah dah la ni pun sampai pru 13
YANG GAMBI - Thank juga kerana tidak jemu-jemu memberikan komen di blog saya
Post a Comment