Bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran yang dicetuskan oleh penyokong Kelantan
Tempat duduk penonton yang dibakar oleh penyokong Kelantan
BOLASEPAK,MERCUN,DAN KEGANASAN
Piala Malaysia sudah berakhir semalam dengan keputusannya ialha BN 3 dan PAS 1(Negeri Sembilan 3 Kelantan 1).Sengaja saya ibaratkan BN dan PAS yang lawan bola semalam walaupun sukan dan politik tak boleh dicampurkan tetapi secara kebetulannya Negeri Sembilan di perintah oleh BN manakala Kelantan diperintah oleh PAS DAN jika saya tak letakkan tajuk yang sebegitu pun kalau Kelantan yang menang semalam pasti ada blogger-blogger lain yang akan memberikan tajuk yang sama seperti yang saya buat.Saya juga menyaksikan perlawanan semalam walaupun pasukan kesayangan saya KEDAH telah terkeluar awal.Saya begitu teruja untuk menyaksikan perlawanan semalam kerana saya ingin melihat telatah dan gelagat penyokong-penyokong Kelantan yang terkenal dengan sikap ganas , suka membakar mercun dan merosakkan harta benda awam.Dalam fikiran saya sudah terbayang apa yang akan dibuat oleh para penyokong Kelantan ini tidak hairanlah penyokong Kelantan ini tidak dibenarkan untuk menyaksikan Bolasepak ini distadium pada satu satu masa dulu kerana keganasan mereka inilah.Puak-puak ni menang ka kalah ka sama ja perangai .Jenis pemimpin dok ajar macam tu suka merusuh dan menyusahkan orang .Lepas ni FAM kena buat sesuatu kalau Kelantan masuk final lagi penonton depa jangan bagi masuk stadium tengok dalam tv cukup.Biaq la depa nak bakaq tv ka nak bakaq rumah depa ka nak baling batu bata ka nak buat pa saja ka kat rumah sendiri tak dak sapa nak kacau .Ni jurukamera pun depa baling batu sampai kena jahit .Tak perikemanusiaan langsung.Apapun sekalung tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia semalam dan tahniah juga kepada penyokong2 Negeri Sembilan atas sifat kesukanan tidak melayan provokasi yang dicipta oleh penyokong Kelantan.Buat pasukan Kelantan cuba lagi ditahun hadapan dan kepada sebahagian penyokong-penyokong Kelantan yang suka sangat main mercun balik la main kat rumah ramai-ramai ye
2 comments:
Betul-betul tak sporting. Mereka ni tidak dapat menerima kenyataan. Orang macam ni memang susah nak diberi nasihat.
Salam Ziarah.........Betoi tu kuntong hanya segelintir saja yang buat macam ni semua penyokong Kelantan menerima akibat.Nasib kena denda RM 50,000 saja.
Post a Comment