? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 10, 2009

TIMBALAN PRESIDEN PAS LAWAN NGA KOR MING









DANA MASJID: KENYATAAN PENUH TIMBALAN PRESIDEN PAS



Thursday, 10 December 2009
Berikut ialah kenyataan penuh Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa berhubung tindakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mempertikaikan langkah kerajaan membina 611 buah masjid dalam tempoh lapan tahun, tetapi mengabaikan rumah ibadat lain dalam tempoh itu.

Isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming dari Pakatan Rakyat mengenai persoalannya terhadap perbelanjaan pembangunan masjid oleh kerajaan persekutuan seharusnya tidak dijadikan isu yang besar oleh pihak DAP.
Sepertimana yang kita maklum, sudah menjadi hak dan tanggungjawab pihak kerajaan untuk membina masjid-masjid dan institusi-institusi agama bagi menyemarakkan syiar Islam di Malaysia sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara kita.
Namun, pihak kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara.
Kita tidak membantah malah menyokong usaha pihak bukan Islam menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi kerana dikhuatiri langkah tersebut akan menyinggung dan menimbulkan perasaan tidak senang hati dikalangan umat Islam negara kita.
Beliau dan semua pimpinan Pakatan Rakyat adalah dialu-alukan untuk tidak membangkitkan sebarang isu berhubung sentimen agama dan bangsa yang seringkali disalahtafsir oleh sesetengah pihak untuk dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat.
Amatlah diharapkan agar isu-isu yang boleh menyinggung sensitiviti agama dan bangsa serta kepentingan komponen parti Pakatan Rakyat dapat diselesaikan melalui saluran dalaman yang lebih efektif.
Ini bagi mengelakkan sebarang polemik sepertimana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini.
Apa yang penting ialah memberikan fokus sebaik mungkin kepada agenda perjuangan yang telah disepakati dalam membangunkan sebuah negara yang lebih berintegriti, berkebajikan dan beramanah.


Di petik dari :paradigma.com.my
Akhirnya bersuara juga PAS ye walaupun hanya Timbalan Presiden saja tapi tak pa lah janji dia juga memberi peringatan kepada DAP untuk tidak membangkitkan tentang hak dan kepentingan orang melayu dan islam di negara ini.Tunggu juga kot-kot ada ulasan oleh dua tok guru depa Hj Hadi dan Nik Aziz tapi sampai la ni tak dengaq apa lagi pun takut dekat Lim Kit Siang la tu. Apa pun membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini tulisan oleh Pakar Perlembagaan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.
"Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Jelasnya lagi bahawa kerajaan berhak tidak beri satu sen pun terhadap rumah ibadat orang bukan islam dinegara ini.Tetapi kerajaan tetap memberikan peruntukkan kepada mereka atas ihsan kerajaan .Tapi DAP biasalah depa ni bagi betis nak paha depa akan korek dan korek lagi lepas ni tentang hak keistimewaan orang melayu di negara ini .Inilah yang mereka tuntut sejak dulu lagi hak kesamarataan .Kerajaan harus bertindak terhadap parti DAP ini jika dibiarkan berlarutan dikuatiri peristiwa 13 mei 1969 yang ke dua akan berulang di negara kita......................



3 comments:

CCZ said...

Salam..Bercakap sekadar penuhi syarat je Lagenda ..Tak ada apa-apa..kesannya macam ridsect yang dah habis isi..

YANG GAMBI said...

Bro, siapa Nasharudin nak pertikaikan Nga ni...... tak tenguk ke Lok Lok dan Khalid Samad berdiri teguh belakang belakang komunis ni.... tak lama lagi dengarlah Nik Aziz akan tengking Nasha.....

kelambuharimau said...

Matilah wahai pemimpin PAS..ikut aje telunjuk DAP dan PKR tu..tak payah nak perjuangkan islam..nanti kena pecat dari pakatan jahanam baru tau.