10 maut bas ekspres terbabas
Ipoh 26 Dis. - 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di sini pagi ini.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang.
Bas berkenaan bertolak dari Klang jam 9.00 malam menghala ke Kangar dengan membawa 48 penumpang bersama seorang pemandu dan penolongnya.
Semua 10 mangsa yang maut di tempat kejadian berada di bahagian tingkat bawah bas berkenaan. Dua lagi penumpang juga cedera parah.
Mereka yang cedera dikenalpasti sebagai Md Razip Fadzir dan Siti Munira Hashim yang dikejarkan ke Hospital Ipoh.
Kejadian tersebut dikatakan berpunca apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya menyebabkan kebanyakan mangsa adalah penumpang sebelah kiri tingkat bawah bas.
Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38 di tahan untuk siasatan.
Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:
1. Noor Jismi Noordin (Kangar).
2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).
3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).
4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).
5. Shaharin Mohd Noor (Klang).
6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).
7. Supiah Adam (Klang).
8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).
9. Ng Kah Kit (Alor Setar).
10. Shaharin Mohd Noor (Klang).
- Utusan
Saturday, December 26, 2009
TRAGEDI DISEMBER,TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA....
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan ni.Nak kata apa lagi mesti ini disebabkan kecuaian pemandu yang mengantuk dan memandu laju.Dan juga kesalahan syarikat bas ni yang tidak dapat menjamin keselamatan pengguna perkhidmatan basnya.Kerajaan harus mengambil tindakan yang setegas-tegasnya sudah banyak kemalangan yang membabitkan bas ini berlaku dan telah menyebabkan ramai kematian.AL - Fatihah kepada mangsa-mangsa beragama islam.......
Posted by lagenda at 11:56 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
takziah..Bas dua tingkat..Keuntungan dan keselamatan..yang mana patut diutamakan?Dah berapa kali kemalangan melibatkan 2 tingkat bas membawa padah kepada hampir kesemua penumpang di tingkat bawah..Pihak berkuas apatut tengok hal ini..
Salam Ziarah...
CCZ-Betol tu rasa dah takut dah nak naik bas lepas ni...
Salam bro, takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat... buat sementara waktu ni kita dan keluarga kena redha dengan ketentuanNya......
ALFATIHAH UTK MANGSA DAN BELASUNGKAGAWA KPD ALI KELUARGA MANGSA SEMOGA TABAH MENGHADAPI UJIAN INI...AMINNNN
Salam....
Yang Gambi....Betol tu ajal maut adalah hak Allah kita kena reda.....
Jeffry....Al-Fatihah semoga keluarga mangsa bersabar menghadapi ujian ini
Post a Comment