BALING 27 DIS- KATAK GANJIL,
Seekor katak ganjil yang mempunyai seakan-akan tanduk di kepalanya menjadi tumpuan orang ramai di sekitar daerah Baling.
Katak berwarna kelabu ini ditemui seorang pemanjat gunung Mohd Khir Johari Mad Zin, 45, ketika mencari hasil hutan di Gunung Baling pada 26 Disember lalu.
Mohd Khir memberitahu , beliau tidak menyangka spesis yang ditemui itu katak, kerana tidak pernah menemuinya sebelum ini walaupun telah lama mendaki Gunung Baling.
Katak seberat hampir 300 gram itu tidak diketahui jenisnya itu kini disimpan di dalam balang kaca di rumahnya di Bengkel IKS KEDA Baling.
Walaupun ada pembeli menawarkan harga lebih RM200 untuk membeli katak itu namun beliau enggan menjualnya kerana mahu pihak tertentu membuat kajian lanjut mengenai spesies katak itu.
Malah beberapa penduduk warga emas yang ditemui di sini mengakui tidak pernah melihat katak seperti itu sebelum ini walaupun sering mendaki Gunung Baling untuk mencari pokok Paku Aji dan tumbuhan untuk ramuan ubatan tradisional. Bernama
Video Silibus KAFA
15 hours ago
6 comments:
uiks...peliknya...
A'kum..lepas ni kita tengok manusia tumbuh tanduk pulak..perbicaraan liwat makin dekat daa...
Salam bro, katak jenis ini memang hidup dikawasan-kawasan tinggi dan berbatu, di Pahang ada juga terjumpa spesis ini, yang menjadi jarang dijumpai kerana bentuk warna, rupanya yang menyamai muka bumi setempat.... kita kena teliti baru nampak katak ini......
Dulu saya bekerja sebagi juruukur dikawasan hutan simpan, bukit, gunung di Pahang..pernah jumpa...
Salam Ziarah semua
aidi safuan-Memang memelikkan
ccz-ya la ccz akan ada pula tanduk manusia akan tumbuh siapa yer
yang gambi-Thank Yang Gambi atas info ini tetapi kami tak pernah tengok tu yang jadi pelik
pelik tapi benar
salam..
katak spesies 2 mmg ad kat malaysia...dia hidop di ats pokok n susa nak jumpa kat lantai hutan atau sungai melainkn tyme 2 tyme dia mngawan...sbb dia akn 2run k sungai bla mngawan bunyi dia sngt kuat ermm...
Post a Comment