? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 31, 2010

Din Beramboi Tidak Koma ,Kini Stabil........


Din Beramboi kini stabil

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang semalam.
Sambil menyangkal laporan media yang menyatakan bapanya koma, anak sulung pelawak itu Nil Aina Hadibah, 18, berkata kesihatan bapanya semakin baik berbanding semalam.
"Hari ini keadaan papa dah stabil. Memang semalam dia kritikal, tetapi dia tidak koma seperti yang dilaporkan akhbar. Dia cuma ”ditidurkan” oleh doktor sahaja bagi memudahkan proses rawatan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Nil Aina berkata pihak hospital masih belum dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Katanya pihak hospital juga masih menjalankan rawatan susulan termasuk bagi mengesan sama ada pelawak itu yang dijangka dipindahkan ke wad biasa esok, mempunyai simptom dijangkiti virus kencing tikus.
Mengulas lanjut, Nil Aina berkata bapanya menunjukkan kurang tanda sihat pada hujung minggu lepas sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta yang kemudian merujuknya ke Hospital Selayang pada Isnin lepas.
"Saya dan mummy turut demam sejak minggu lepas dan kemungkinan papa berjangkit dengan kami tetapi demam saya dengan mummy tidak seteruk mana.
"Memandangkan demam papa tak kebah, papa buat pemeriksaan ke klinik swasta di Rawang sebelum beliau dirujuk ke sini (Hospital Selayang),” katanya.
Selain menjadi pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi, 44, juga adalah seorang kartunis dan pernah bergiat dalam bidang nyanyian.
Turut kelihatan melawat Din Beramboi di hospital hari ini ialah penyampai radio swasta terkenal, Linda Onn dan Halim Othman. - Bernama
"Syukur Alhamdulillah .Berita yang amat mengembirakan ,semoga cepat sembuh"

Jom Tengok, Biji Betik Menyerupai Kepala Ular Tedung

BIJI betik yang menyerupai kepala ular tedung ditemui seorang wanita di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru, hari ini. - Foto Zain Ahmed./Berita Harian
Pelik juga dok tengok biji betik ni yer.Inilah kekuasaan ALLAH yang maha kaya ,dan semua kita harus bermuhasabah diri dan menjadi insan yang diredai olehnya amin

Tuesday, March 30, 2010

Din Beramboi Tenat ,Doakan Beliau Cepat Sembuh

Din dikatakan telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya semasa penggambaran beberapa hari lalu.
PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal.
Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.
"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.
"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.
Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.
DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.
Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.
Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu.
Sama-samalah kita doakan semoga Din Beramboi cepat sembuh dan kembali semula ke persada seni untuk menghiburkan orang..........

V.Sivakumar Cuba Untuk Merampas Kerusi Speaker

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (dua dari kiri) dan Bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar (dua dari kanan) berbincang sesuatu bersama sebahagian Adun Pakatan Rakyat yang lain . - Foto Abdullah Yusof/Berita Harian
Speaker ambil tempat untuk mula sidang DUN Perak
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan mengambil tempat bagi memulakan persidangan.Bekas Speaker, V Sivakumar masuk ke Dewan tanpa memakai jubah Speaker dan duduk di tempatnya.
Selepas itu, Sivakumar cuba duduk di kerusi Speaker tetapi dihalang enam pegawai keselamatan berbaju biru cerah.
Beliau berundur dan duduk di tempatnya selepas diarah bekas Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin./Berita Harian Online
Gempaq saja lebih tapi penakut juga puak-puak ni yer.Sudah-sudah la woi Pakatan Rakyat dok main drama dah Mahkamah putuskan siapa yang menjadi MB yang sah cukup la dok gila meroyan apa lagi.Sama-samalah duduk bersidang untuk membangunkan negeri .Kepada V.Sivakumar kalau nak jadi Speaker juga pergi la buat persidangan bawah pokok tu dulu hempa dok pulun sangat buat persidangan bawah pokok buat tugu la apa la kat bawah pokok tu.Apa-apa pun sekalung tahniah la kerana persidangan DUN kali ini berjalan lancar walaupun ada usaha untuk menggangu dan mengagalkan persidangan ini .

Monday, March 29, 2010

Banyak Sungguh Firaun Kecil Dalam PKR Ni Yer........


Wee dedah 'firaun kecil' persoal lawatannya bersama Ahli Parlimen BN ke Washington
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong hari ini mendedahkan beberapa `Firaun Kecil' atau `Little Napoleon' dalam pakatan pembangkang pernah mempersoalkan pemilihannya oleh Parlimen Malaysia menyertai lawatan kerja di Washington, baru-baru ini. Beliau berkata, firaun kecil dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk di kalangan wakil rakyat Pas dan DAP yang iri hati dengan pemilihan dirinya itu, sebenarnya pernah dipilih mengikuti lawatan kerja menteri atau Speaker Parlimen sebelum ini. Katanya, jika pemilihan dirinya menjadi satu isu, pakatan pembangkang perlu mewujudkan satu dasar bahawa Ahli Parlimen pembangkang tidak boleh mengambil bahagian dalam semua lawatan ke luar negeri dengan menteri, speaker atau Ahli Parlimen kerajaan.
"Saya tidak pernah mempertikaikan pelantikan firaun kecil (mengikuti lawatan keluar negara) kerana saya tiada perasaan cemburu walaupun firaun kecil itu mengetepikan saya dan mengklasifikasikan saya sebagai `junior MP'. "Malah, walaupun saya tidak bersetuju tetapi saya tidak mempertikaikan pemilihan Ahli Parlimen Batu (Tian Chua), Ahli Parlimen Machang (Saifuddin Nasution Ismail) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan (Elizabeth Wong) untuk mengejar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Taiwan supaya melompat parti, walaupun tidak berhasil. "Sebenarnya, lawatan saya ke Washington untuk berjumpa Jabatan Perdagangan, Ahli Kongres dan Senator serta Pusat Pengajian Strategik Antarabangsa (CSIS) Amerika Syarikat bagi menjalin hubungan perdagangan dan diplomatik lebih baik antara kedua negara.
Banyak sunguh yer nampaknya Firaun-firaun kecil yang berlegar dalam PKR ni yer .Kalau dulu YB Zulkifli Nordin mendedahkan ada firaun-firaun kecil yang cuba menjatuhkan beliau dan beliau sudah pun jatuh kerana dipecat dari parti ,kali ini giliran seorang lagi Ahli Parlimen PKR dari Wangsa Maju yang mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku didalam PKR.Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu akan ada seorang lagi Ahli Parlimen yang akan mengikut jejak Y.B Zulkifi Nordin akan keluar parti dan menjadi BEBAS.......

Sunday, March 28, 2010

Akhirnya Terjawab ,Datuk Seri Dr Chua Soi lek Presiden MCA yang baru..

Keputusan Rasmi Pemilihan MCA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diisytiharkan sebagai Presiden parti dengan meraih 901 undi, Ong Ka Ting (833 undi) dan Tee Keat (578 undi).
Manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai menang jawatan Timbalan Presiden dengan 1171 undi, mengalahkan Datuk Seri Kong Cho Ha (1106 undi).
Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Seri Ng Yen Yen, Datuk Donald Lim, Datuk Chor Chee Heung dan Gan Ping Sieu.


Kini semuanya telah terjawab dan sama-samalah kita hormati pemilihan ini dan sekarang masanya ialah untuk bekerja memantapkan parti .Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan berhati-hatilah selepas ini kerana tingkah laku anda akan sentiasa diperhatikan.....Jangan ulangi kesilapan lampau?

Pemilihan MCA ,Ong Tee Keat,Chua Soi Lek,Ong Ka Ting,Siapa Menang ?

Kelihatan para petugas memproses kertas undi setelah proses pengundian tamat pada pemilihan pemimpin MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Proses pengundian dalam pemilihan MCA hari ini berakhir dan kiraan kertas undi dijangka bermula 1 tengah hari.
Sejumlah 2,318 atau 97.5 peratus daripada 2,377 perwakilan yang layak mengundi mendaftar bagi pemilihan itu.
Pengundian di Dewan San Choon untuk memilih presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) yang bermula 10.45 pagi berjalan lancar dan dikawal ketat.
Keputusan pemilihan dijangka diketahui seawal 7 malam.
Siapalah yang akan berjaya untuk menjadi Presiden ni yer .Sesiapa pun yang berjaya diharap tiada lagi lah krisis dalaman parti yang amat mengusarkan rakyat ini dari terus berlarutan .Buatlah kerja untuk menarik sokongan kaum Cina supaya terus menyokong BN supaya PRU 13 ,BN akan terus mendapat tempat di hati rakyat.Pesanan ini bukan sahaja untuk MCA tetapi juga kepada UMNO , MIC dan juga Parti-Parti Kompenen yang lain supaya mengatasi masalah dalaman parti masing-masing supaya BN terus mendapat mandat pada PRU 13 nanti...Sama-sama kita tunggu siapa yang menang untuk menjadi Presiden MCA nanti........

Kempen Earth Hour ,KLCC dan Istana Budaya Bergelap


PEMANDANGAN Menara Berkembar Petronas (KLCC) (kiri) dan Istana Budaya (kanan) sebelum lampu dipadamkan sempena Earth Hour. Gambar diambil dari Taman Tasik Titiwangsa pada jam 8.25 malam. Kempen bermula sejam bermula dari jam 8.30 hingga 9.30 malam. - Foto Sairien Nafis/Berita Harian

Saturday, March 27, 2010

Kahwin Bukan Bermakna Azizulhasni Tidak Mampu Menggegar Dunia

PELUMBA negara, Azizulhasni Awang (tengah) yang meraih pingat perak ketinggalan beberapa meter di belakang pemenang emas Chris Hoy dari Britain (kanan) pada kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Copenhagen, Denmark, 26 Mac. Pelumba Jerman, Maximilian Levy (gangsa). - Reuters
Pelumba Negara Azizuhasni Awang


PELUMBA trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mengibarkan Jalur Gemilang di Velodrom Ballerup Super Arena selepas meraih perak acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI di Copenhagen, Denmark, awal pagi semalam. Pada final acara itu, pelumba negara tewas kepada juara Olimpik, Chris Hoy dari Britain. Kejayaan ini adalah yang kedua buat pelumba berusia 22 tahun dari Dungun, Terengganu itu selepas meraih perak dalam acara 200 meter pecut pada kejohanan dunia di Pruszkow, Poland, tahun lalu. Gambar kecil Azizulhasni mengucup pingat perak yang dimenangi. - Foto Bernama
Tahniah diucapkan kepada pelumba negara kita ini yang telah mengarumkan nama negara dengan kemenangan di tempat kedua .Azizulhasni telah membuktikan bahawa berkahwin bukan halangan untuk mengharumkan nama negara dan menggegarkan dunia dan akan menjadi Juara Dunia suatu hari nanti











Friday, March 26, 2010

Gambar Pesawat Pilatus PC 7 Terhempas Di Kedah


RAKAMAN jurugambar amatur menunjukkan saat-saat pesawat pelatih Pilatus PC-7 menjunam ke bumi sebelum terhempas di kawasan hutan berhampiran kampus Universiti Utara Malaysia, di Sintok, Kedah, 25 Mac yang mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof. - Utusan
AL-Fatihah diucapkan kepada Mejar Muhammed Zulrihan dan takziah kepada keluarga mangsa semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.......Amin

Thursday, March 25, 2010

Ganjaran Mengongcangkan Iman,Anwar enggan Ulas Pendedahan Zulkifli Nordin

Peningnya Kepala Aku
Y.B Zulkifli Nordin yang memeningkan kepala Anwar

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan mengulas pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin semalam bahawa beliau pernah diarah untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Anwar, yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini, dilihat kurang senang dengan soalan yang dikemukakan oleh wartawan sebuah portal berita.
"Tak payah...tak payahlah, tanya dialah siapa yang arah, I tak tahu, dia tak sebut nama. Kalau dia sebutpun, I tak layan sangat.
"Sebagai seorang wartawan yang bagus, jika dia kata dia diminta oleh seseorang, kamu patutnya tanyalah dia. Dia sekarang di Parlimen," katanya.
Wartawan wanita berkenaan kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya ingin tahu sama ada Anwar menafikan perkara itu atau sebaliknya.
Anwar berkata : "Ini satu kenyataan yang tidak wajar daripada seorang wartawan...siapa bayar awak untuk bertanya soalan ini?"
Apabila wartawan itu cuba menyatakan bahawa beliau mahu berlaku adil dan hanya sekadar ingin mengetahui cerita sebenar di pihak Anwar, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu terus menyindirnya. "Apa maksud kamu mahu mendapatkan cerita dari pihak saya. Dia tidak sebut nama, adakah dia kaitkan saya," katanya.
Ketika ditanya mengenai cadangan Zulkifli supaya kerajaan menggugurkan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi, sebaliknya meneruskan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Syariah, Anwar berkata itu tidak membawa sebarang makna kepadanya. - BERNAMA
Nak layan ka tak mau layan ka pendedahan oleh Y.B Zul kita ni yang penting Anwar sudah semakin gelabah sampai memarahi waratawan yang menemuramah beliau.Anwar oh Anwar sampai bila harus bersandiwara untuk menipu rakyat sampaikan mencetak 1 juta risalah untuk mengambil hati rakyat suapaya terus menyokongnya, itu tidak memberi apa-apa makna Anwar oii kerana rakyat sekarang semakin bijak dan tidak sesekali tertipu lagi dengan mainan politik engkau wahai Anwar ...............

Benjy di Tahan Semula Selepas di Ikat Jamin


AZEAN Irdawaty (tengah) berbincang dengan peguam, Amer Hamzah Arshad berhubung dakwaan yang dihadapi anak lelakinya, Khaireyll Benjamin Ibrahim @ Benji di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, 25 Mac. Turut hadir anak perempuannya, Elza. - Utusan/
KUALA LUMPUR 25 Mac - Tidak sampai lima minit dibebaskan dengan ikat jamin, pelakon, Benjy ditahan semula oleh pihak berkuasa mengikut Seksyen 3 Akta Langkah 2 Pencegahan dan Kawalan (LLPK). - Utusan
Nampak gaya kena bersabar lagilah Kak Yan kita ni baru Lima minit diikat jamin dah ditangkap semula.Kebenaran akan trbukti juga jika Benjy tidak bersalah diharap Kak Yan bersabar dan berserah kepada sahaja kepada ALLAH S.W.T

Tuesday, March 23, 2010

Pilihanraya Kecil Lagilah Nampak Gayanya Macam Ni......?

Y.B Yip Sun Onn
ADUN BN Titi Tinggi Letak Jawatan
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari Barisan Nasional (BN), Yip Sun Onn meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd. Isa Sabu dikatakan akan memujuk ADUN itu untuk menarik balik perletakan jawatan tersebut.
Nampak gayanya tak habis-habis Pilihanraya kecil ni yer.Selepas satu satu yang dok mai apa la nak jadi dah cemuih dah dok pikiaq bab pilihanraya ni.Harap-harap MB dapat la pujuk Y.B kita sorang ni dan menarik balik surat peletakkan jawatan beliau tu jika tak, akan ada lagilah pilihanraya nampak gayanya.Kepada Y.B kita sorang ni janganlah pula marahkan Nyamuk kelambu di bakar.Kalau pun ada masalah dengan MCA janganlah mudah-mudah saja ambil keputusan nak meletakkan jawatan .Fikirkanlah sama nasib rakyat jangan dok fikir diri sendiri sahaja .Apa-apa pun sama-samalah kita menunggu apa yang akan terjadi seterusnya......

Thursday, March 18, 2010

Datuk Seri Zahrain sedia bersumpah,Anwar sanggup juga ke ?


Saya Sanggup Bersumpah – Zahrain
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menegaskan sanggup bersumpah bercakap benar sekiranya ada pihak yang menuduhnya berbohong mengenai pendedahan 16 September 2008 seperti yang dirancang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Kerajaan Pusat.
Menurutnya, tindakan beliau mendedahkan perkara tersebut kerana mahu rakyat mengetahui perkara sebenar selain melihat kembali kenapa beliau bertindak keluar parti bukan hanya hilang kepercayaan tetapi mendakwa Anwar berbohong kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR).
Beliau juga percaya selepas ini lebih ramai wakil rakyat PR akan bertindak keluar kerana mereka tidak berpuas-hati dengan kepimpinan dan tidak menyangka dengan pendedahan yang dibuat.
“Mereka tidak nafikan peristiwa 16 September seperti yang saya cakapkan kerana perkara ini benar-benar terjadi.
“Oleh itu saya mencabar mereka bersumpah juga untuk menafikan apa yang saya cakap sebagai tidak benar,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Zahrain turut mendedahkan terdapat ramai wakil rakyat PR tidak mengetahui perkara tersebut kerana mereka terlalu percaya dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar walaupun ia adalah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
“Ini semua rancangan Ketua PR, ramai tidak tahu kerana ramai menjadi ‘Pak Turut’ sahaja, yang mengetahui perkara ini hanya 2-3 kerat pemimpin dalam parti-parti PR. Saya tahu kerana saya rakan Anwar, saya tahu apa yang berlaku,” katanya.
Jelasnya, rakyat menaruh harapan yang amat tinggi kepada PR dan harapan tersebut seharusnya tidak disia-siakan kerana rakyat amat marah kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
“PR banyak menang kerana kelemahan BN sendiri bukannya sebab PR hebat, semua pihak harus tahu PR adalah alternatif kepada BN, inilah senario politik sebenar di Malaysia sekarang,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan mengatakan Zahrain sebagai ‘tentera upahan BN’, beliau berkata PR boleh buat pelbagai tuduhan sesuka-hati mereka.
“Saya hairan kenapa pemimpin utama parti boleh menuduh orang lain dengan pelbagai tuduhan murah seperti itu? Mereka boleh buat tuduhan apa pun,” ujarnya.
Zahrain turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan kenapa baru sekarang beliau mendedahkan perkara sebenar mengenai peristiwa 16 September setelah hampir dua tahun berlalu.
“Saya tidak dedahkan awal-awal dahulu kerana saya ahli parti PKR, saya masih menghormati undang-undang parti, tetapi sekarang saya bebas, jadi saya dedahkan perkara ini sekarang,” katanya.-MSTAR ONLINE
Sumpah lagi .Kali ni macam mana pula ye Anwar nak mengelak.Mesti ada saja yang akan beliau lakukan untuk melarikan diri.Sama seperti di Dewan Rakyat semalam akibat tidak tahan panas telinga terus lari.Ketua pembangkang apa macam tu penakut.Untuk mempertahankan diri beliau tidak sepatutnya keluar dewan pertahankanlah diri tu kalau apa yang di hujahkan oleh MP Bebas ini tidak betul............Anwar Oh Anwar

Monday, March 15, 2010

Datuk Lee Chong Wei Juara 1 Malaysia 1 Dunia

Juara Seluruh England: PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Seluruh England edisi ke-100 selepas menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-19, 21-19 dalam perlawanan akhir di Arena Kebangsaan di Birmingham, London, awal pagi tadi. - Foto AP
Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya mengalahkan pemain dari Jepun dan menjuarai ALL England .

Sunday, March 14, 2010

Facebook Kerajaan Langit Ayah Pin......?

Salasilah Ayah PIN

Ayah Pin
Ayah Pin muncul semula melalui laman facebook
Ketua kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’ teruskan dakyah KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’, Ayah Pin yang menyepi diri sejak sekian lama, kini muncul kembali cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook.
Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, 85, yang mendakwa dirinya wakil kerajaan langit dikesan mempunyai akaun Facebook sendiri baru-baru ini dan dipercayai akan meneruskan dakyah sesatnya di laman web sosial itu. Ayah Pin, sebelum ini dikatakan uzur dan tahun lalu beliau dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa. Beliau sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa dan tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Ayah Pin secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar Islam pada 2 Ogos 1998. Bagaimanapun, kemunculan semula Ayah Pin melalui laman web itu membimbangkan banyak pihak kerana ada kemungkinan pengikutnya kembali semula dan orang ramai yang sering menggunakan laman sosial itu mungkin terpengaruh dengan ajarannya. Mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kerajaan akan menyiasat laporan mengenai kewujudan laman web sosial Facebook yang dimiliki Ayah Pin. Beliau berkata, siasatan dan pemantauan itu nanti akan membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). "Inilah masalahnya sekarang.... ramai sangat orang yang cepat percaya dengan perkara yang tidak masuk akal. Oleh itu, kita akan segera pantau dan siasat perkara ini kerana kita tidak mahu laman web ini berleluasa dan mempengaruhi pemikiran masyarakat kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam. Jamil Khir berkata, Jabatan Perdana Menteri akan menjalinkan kerjasama dengan agensi komunikasi dan multimedia yang lain bagi memantau aktiviti ajaran sesat yang disebarkan melalui internet dari semasa ke semasa. Beliau berkata, ada orang Islam seakan-akan tidak boleh menggunakan akal sehinggakan apabila wujud saja kumpulan ajaran sesat, pasti ada saja yang menjadi pengikutnya. “Ajaran sesat seperti Ayah Pin bukan saja ditolak orang Islam tetapi juga orang bukan Islam, tapi saya pelik mengapa masih ada orang yang menjadi pengikutnya,” katanya. -Berita Harian
Semakin menjadi-jadi ayah pin ni yer siap ada facebook lagi nak memperluaskan lagi ajarannya.Apa yang menghairankan dia ni ada kata mana sampai tak dapat nak menahan beliau tak akan ada di atas langit kot....Apa-apa pun diharap pihak berkuasa dapat menahan beliau segera sebelum ajarannya ini kembali aktif.Melalui Facebook dikuatiri ramai yang akan terjebak dengan ajaran ayah pin ini.............


Gempar UFO Muncul di Damansara............



Gambar Hiasan Sahaja




KUALA LUMPUR – Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) didakwa muncul ketika hujan renyai di ruang udara kawasan perumahan di Damansara Damai, Petaling Jaya malam kelmarin.
Walaupun ia muncul untuk tempoh 15 saat pada pukul 7.11 malam, seorang penghuni sebuah kondominium tingkat 14 di situ sempat merakamkan tiga keping gambar sebelum ia hilang di depan matanya sendiri.
Bagi pengurus sebuah syarikat perabot, Mohd. Zulfikar Abdul Rahman, 37, imej pada tiga keping gambar itu akan menjadi kenangannya sepanjang hayat.-KOSMO ONLINE









Nak percaya ke tak mau percaya .Macam-macam hal yang dok jadi la ni yer.UFO ni yang saya tahu hanya ada dalam filem sahaja ni dah datang pula ke Malaysia yer.Apa-apa pun hanya tuan yang merakamkan sahajalah yang tahu sama ada betul UFO atau sebaliknya.......

Saturday, March 13, 2010

DADAH ?Siapa Artis Yang Mungkin Mati Di Tali Gantung Ni Yer?


Anak pelakon wanita terkenal kena tahan jadikan kediaman proses kokain, syabu
KUALA LUMPUR: Seorang artis lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta menjadikan kediamannya di sebuah kondominium mewah di Kepong di sini sebagai tempat memproses kokain dan syabu.
Artis berusia 31 tahun itu yang juga anak pelakon wanita terkenal, ditahan bersama rakan wanitanya berusia 23 tahun di tempat letak kereta di sebuah kondominium di Segambut, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin sebelum dibawa ke kediamannya untuk pemeriksaan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata hasil pemeriksaan itu polis menemui 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 1.4 gram syabu bernilai hampir RM2,000 yang tersembunyi dalam sebuah bilik di kediaman artis terbabit. Beliau berkata, polis turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah berkenaan. Ketika dihubungi, semalam, beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan hasil maklumat awam dan risikan polis sejak seminggu lalu. “Siasatan awal mendapati suspek tidak terbabit dengan mana-mana sindiket dan dipercayai bergerak secara individu, namun siasatan terperinci masih dijalankan. “Polis juga masih menyiasat sama ada pembabitan individu lain dalam kegiatan ini dan dadah itu dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan,” katanya. Beliau berkata, ujian saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah. Semalam, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira jam 11 pagi, bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Pendaftar Mahkamah Rendah, Azizah Abdul Rahman, memerintahkan kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga Khamis depan. Artis dan rakan wanitanya itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan-Berita Harian
Alamak! Terkejut juga yer siapalah gerangan artis ini yang sabit kesalahan akan ke tali gantung kerana mengedar dadah.Artis sepatutnya menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat ini tidak menjadi sebaliknya.Patutlah Wardina pernah menyatakan bahawa artis tidak layak menjadi contoh ikutan.Tetapi apabila beliau menyatakan sedemikian ramai yang menghentam beliau.Apa pun kita pakat tunggu siapkah gerangan artis ini apabila kesnya di sebut di Mahkamah nanti dan jika bersalah maka tamatlah riwayat hidupnya kerana kesalahan ini amat berat dan menyesal pun sudah tidak berguna lagi...........

Friday, March 12, 2010

Perhimpunan Haram Isnin Ini Di Parlimen........?

Amaran polis jangan sertai perhimpunan di Parlimen

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman menasihati orang ramai jangan terlibat dalam sebarang perhimpunan tanpa izin di bangunan Parlimen yang akan bersidang Isnin ini.
"Saya dimaklumkan risalah mengenai perhimpunan berkenaan telah diedarkan di pelbagai tempat selain disiarkan di internet, oleh itu saya mahu perkara ini dihentikan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Kita ada kebebasan bersuara tapi gunakanlah dengan cara yang betul..jangan buat tindakan yang menggugat dan mengganggu orang awam.
"Perhimpunan bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik di kawasan berkenaan tetapi juga menggugat ketenteraman negara," katanya.
Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
Penyelaras perhimpuan berkenaan Dr Hatta Ramli dilaporkan berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, parti pembangkang dan anggota pertubuhan hak asasi manusia yang membantah cadangan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
- Bernama


Polis telah memberi amaran kalau berlaku juga perhimpunan haram isnin ini jangan mahu menyalahkan pihak polis pula.Bila berlaku perhimpunan haram ini akan meyusahkan semua pihak .Oleh itu dengarlah nasihat Polis dan jangan jadi bodoh menyertai perhimpunan yang tidak mempunyai apa-apa faedah ini.

Thursday, March 11, 2010

Lagi Akhbar Siar Kartun Hina Nabi



Akhbar Sweden siar kartun hina Nabi
STOCKHOLM - Akhbar Sweden, Dagens Nyheter semalam sekali lagi mengundang kemarahan umat Islam apabila menyiarkan semula kartun menghina Nabi Muhammad. Dagens Nyheter mendakwa menerbitkan kartun itu sebagai tanda sokongan kepada artis, Lar Vilks yang menjadi sasaran bunuh oleh beberapa penganut Islam di Ireland baru-baru ini. "Lar Vilks tidak sendirian dalam konflik ini. Ancaman terhadapnya adalah ancaman ke atas semua rakyat Sweden," lapor Dagens Nyheter. Kelmarin, polis Ireland menangkap tujuh penganut Islam kerana disyaki merancang membunuh Vilks berikutan penyiaran kartun berkenaan. -Sinar Harian



Makin mencabar umat islam mereka ni yer .Dah tak tahu nak menghormati agama kaum lain memang selayaknya lah dia dibunuh .Marilah kita semua sebagai umat islam di negara kita mengutuk sekeras-sekerasnya artis dan akhbar ini yang jelas membuat penghinaan terhadap umat islam seluruh dunia dengan menyiarkan karikatur ini.....Berilah Komen anda untuk meyokong saranan yang saya buat ini.Terima Kasih.............

Jom Tengok Wajah Pembunuh Adik Syafia Humaira

Mohd Fazli Azrin Jamil . - Foto Sairien Nafis-Berita Harian
Teman lelaki ibu mangsa dera, Syafia Humaira dituduh di mahkamah
KUBU BHARU: Teman lelaki ibu kepada mangsa dera, Syafia Humaira Sahari dituduh d Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu.Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil, 28, dituduh melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian Syafia Humaira di padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Perumahan Murah, Ulu Yam Lama, Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit ksalahan. Tertuduh yang berseluar pendek dan baju berjalur jingga dan kuning, mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan.Majistret Zuraidah Zakaria menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan kes.Tiada jaminan dibenarkan mahkamah terhadap tertuduh.Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati kematian kanak-kanak itu akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah bahagian abdomen. -Berita Harian
Tu dia baru nampak wajah sebenar pendera yang menyebabkan adik Syafia meninggal dunia.Dok tunduk muka buat apa tu la masa buat tak mahu nak berfikir sekarang tangunglah akibatnya .Takziah kepada keluarga adik Syafia dan semoga roh adik Syafia dicucuri rahmat
AL-FATIHAH

Wednesday, March 10, 2010

Gerakan Gesa UMNO BN Tidak Terima Zulkifli Nordin


GEORGETOWN: Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang disingkirkan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu, sebagai anggotanya. Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata Zulkifli yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan racis. "Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa.
"Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Dr Teng, yang juga Naib Presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008. Beliau berkata Gerakan agak "cemas" dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno "sentiasa terbuka" kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.
Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan perkauman dalam kumpulannya. - Bernama


Lawan tokey nampak Gerakan ni belum apa-apa dah nak bantah tentang kenyataan Tan Sri Muhyiddin UMNO sedia siapa saja untuk meyertai UMNO termasuk Zulkifli.Tak kan melatah kot Gerakan kukuhkan dulu parti tu untuk menambat hati kaum cina supaya menyokong BN kembali tak usahlah dok kalut hal UMNO nak ambil sapa pun .GERAKAN-GERAKAN TAK GERAK TAK MAKAN................

Tuesday, March 9, 2010

Inilah Rupa Enjin Jet Pejuang Yang Telah Hilang .........

Peguam Negara Sedia Dokumen Bawa Pulang 2 Enjin F-5E

PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara telah menyediakan dokumen perundangan bagi membawa pulang dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay sebagai bahan bukti.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan berkata, ini kerana siasatan mendapati terdapat sebahagian bukti dalam bentuk dokumentasi dan saksi yang memerlukan perbicaraan dijalankan di mahkamah jenayah di Malaysia.
Sehubungan itu, menurutnya, Kerajaan Malaysia telah melantik peguam di Uruguay mewakili negara ini dalam mana-mana prosiding di sana berhubung dua enjin yang dicuri itu.
"Peguam berkenaan sedang berusaha untuk bertemu Peguam Daerah dan hakim yang mengendalikan kes berkenaan dalam minggu ini sebelum membawa balik kedua-dua enjin itu mengikut undang-undang mereka.
"Sementara bagi Kerajaan Uruguay, siasatan juga mendapati dua enjin yang ditemui di Port of Montevideo itu dan berada di bawah simpanan pihak mahkamah Uruguay.
Kami telah pun melawat kawasan tentera di mana enjin itu diampan dan mengenal pasti memang ia milik Kerajaan Malaysia," katanya di sini semalam.
Beliau diminta mengulas urusan membawa balik dua enjin jet pejuang F5-E yang yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang.
Dua enjin itu dilaporkan hilang masing-masing pada Jun dan November 2007, bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 4 Ogos 2008.
Kerajaan akan memastikan dua enjin pesawat pemintas dan pejuang F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditemui di Uruguay, dibawa balik ke negara ini secepat mungkin.-MSTARONLINE


Akhirnya jumpa juga enjin jet yang hilang ni yer.Melihat kepada bentuknya memang agak berat juga macam manalah boleh hilang yer dari kompleks logistik TUDM pula tu.Apa pun penyangaknya telah ditangkap dan hukuman berat harus dikenakan terhadap mereka yang menjadi pengkianat negara ini.Tahniah kepada Kerajaan Malaysia dan juga PDRM yang cepat menyiasat tentang kes ini dan diharap enjin jet ini dapat kembali dengan segera di negara kita Malaysia.

Sepandai-Pandai Tupai Melompat ,Akhirnya Jadi Angkasawan Juga

GAMBAR menunjukkan kepala dua ekor tupai tersangkut ke dalam tempurung kelapa di fareham, Hampshire, Britain baru-baru ini.



Kepala tupai tersangkut dalam kelapa


LONDON - Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.
Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya.
Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.
Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa.
"Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya.
- Agensi



Peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh ke tanah juga tetapi kes ini lain pula yer dia tersangkut dekat tempurung kelapa macam mana tu.Melihat gambar tupai tersangkut buah kelapa ni memang melucukan dan perkara ini jarang terjadi .Dah macam angkasawan la pula..............

Monday, March 8, 2010

Buat Duit Dengan Air Paip...................

Md. Hussain (kiri) meneliti label produk minuman yang didakwa air penyejuk badan ketika serbuan di kilang pengeluarnya di Jitra semalam

JERLUN - Seorang pengusaha di sini berjaya memperdayakan ribuan pengguna sejak tiga tahun lalu dengan menghasilkan produk minuman penyejuk badan yang sebenarnya diperbuat daripada air paip.
Teknik penghasilan produk itu amat mudah iaitu menggunakan air paip yang ditapis sebelum dicampur dengan sejenis bahan yang belum dikenal pasti dan dijual dengan harga RM1 sebotol.
Kegiatan pengusaha itu bagaimanapun dihidu pihak berkuasa sebelum premisnya di Jalan Alor Setar-Kangar di sini diserbu oleh lapan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu semalam.
Hasil siasatan mereka mendapati produk itu juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Md. Hussain Lebai Yusof berkata, produk itu bukan minuman kesi- hatan tetapi hanya air minuman berasaskan air paip.-KOSMO

Macam-macam penipuan dok ada la ni yer.Air paip pun leh dibuat duit.Ni kreatif tak kena tempat dan memang patut la dikenakan tindakan sebab menipu orang.Apa pun tahniah kepada Jabatan Kesihatan yang dapat menghidu taktik yang dibuat oleh penyangak ini yang boleh mengugat tahap kesihatan orang ramai yang meminumnya.Kena lebih berhati-hati la lepas ni nak minum air penyejuk badan takut bila minum jadi air panas badan la pula.......


Sunday, March 7, 2010

Zulkifli Nordin Menyertai PAS.......?


PAS Sedia Terima Zulkifli

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.
"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.
"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.
Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.
"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.
Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.
"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya.-MSTAR ONLINE
Nampak gayanya masih laku Y.B Zul kita ni yer sampaikan PAS menawarkan tempat kepada beliau.Kalau dia menyertai PAS tidak bermaknalah perjuangan beliau selama ini kerana PKR dan PAS itu sama la juga.Baik jadi ahli Parlimen Bebas daripada menyertai PAS yang lebih teruk dari PKR menjadi boneka DAP tu.UMNO tak mau ka dekat Y.B Zul ni tak ada apa-apa tawaran ke sama seperti PAS buat ni.Apa-apa pun Lu Fikirlah Sendiri Y.B Zul.................

Saturday, March 6, 2010

Akhirnya Anwar Ibrahim Mengaku Juga........


Mengaku juga akhirnya DSAI ni yer tetapi bukan tentang kes liwatnya tu tetapi mengenai PKR menghadapi banyak masalah apabila ramai wakil rakyatnya meningalkan parti sejak kebelakangan ini.Ini menunjukkan bahawa parti yang diketuai oleh DSAI ini tidak mantop dan menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan.Untuk mengembalikan imej Pakatan Rakyat mereka akan mengadakan Pelancaran Program Semboyan Halilintar ke Putrajaya Pakatan Rakyat (PR) ..Buat lah apa program pun yang penting rakyat sudah muak dan sudah tidak lagi mempercayai PKR ........
Anwar akui PKR sedang hadapi masalah

MELAKA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti, baru-baru ini. Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan. "Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, malam tadi.
Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti. - Bernama

Friday, March 5, 2010

Akibat Cemburu Sesama Wanita.........

KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Feisal Libertus Abdullah memeriksa tempat kejadian di mana Suhana Mohd Syariff, 26, (gambar kecil) yang mati ditikam oleh rakan karib wanitanya berbangsa cina di Jalan Kristal, belakang Shahab Perdana, Alor Setar, 3 Mac. - Utusan
ALOR SETAR 4 Mac - Suhana Mohd. Sharif, wanita yang mati akibat ditikam oleh rakan karibnya sendiri malam tadi, pernah mengadu menghadapi masalah beberapa hari sebelum kejadian yang menimpanya itu.
Allahyarham yang berusia 26 tahun pernah memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Zaharah Idrus, 60, kira-kira tiga hari lalu.
Menurut Zaharah, dia tidak menyangka luahan masalah Suhana itu berakhir dengan insiden ngeri apabila anaknya ditikam sehingga mati oleh rakan baiknya sendiri.
"Pada malam kejadian, dia (Suhana) keluar dari rumah kira-kira pukul 8 malam tanpa memberitahu ke mana dia pergi. Saya sempat berpesan kepadanya supaya membeli beberapa barangan dapur.
"Namun, sampai tengah malam, dia tidak pulang ke rumah sehinggalah polis datang kira-kira pukul 1 pagi tadi memaklumkan anak saya meninggal dunia akibat ditikam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Allahyarham Suhana meninggal dunia setelah ditikam bertubi-tubi oleh rakan wanitanya di Taman Kristal, Mergong di sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam itu apabila mangsa dikatakan ditikam tujuh kali di beberapa bahagian badan termasuk perut dan dada.
Rakan wanita yang dipercayai menikamnya kemudian turut mengelar tangan kiri dan menikam dadanya sendiri sejurus kejadian tersebut.
Zaharah yang tinggal di Tongkang Yard di sini berkata, dia dan keluarganya selalu menasihatkan arwah agar tidak terlalu rapat dengan Oren yang berperwatakan seperti seorang 'tomboy'.
"Anak saya dan wanita itu berkawan baik sejak tujuh tahun lalu. Dia (Oren) selalu datang ke rumah namun saya tidak suka Suhana terlalu rapat dengannya.
"Pada hari raya tahun lalu perempuan itu tidak datang ke rumah saya dan saya ingatkan Suhana tidak lagi berkawan dengannya," katanya.
Zaharah mendakwa, Suhana mempunyai seorang rakan lelaki di tempat kerja dan itu mungkin menjadi punca perbalahan sehingga menyebabkan kejadian malam tadi.
"Saya begitu sedih dan tak sanggup melihat mayat Suhana kerana kesan luka akibat tikaman itu terlalu banyak di tubuhnya," katanya sebak.
Dalam pada itu, kakak sulung arwah, Shafinaz, 40, memberitahu, adiknya merupakan seorang yang periang tetapi semalam dia dilihat seperti banyak mendiamkan diri.
"Arwah sangat sayang dan suka bergurau dengan anak-anak saudaranya namun semalam apabila anak saya tanya dia mahu keluar ke mana dia hanya mendiamkan diri," ujarnya..
Al Fatihah diucapkan kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan anak mereka .Inilah akibat cemburu buta dan kerana itu berlakunya tragedi ini .Diharap keluarga mangsa bersabar dan menerima dugaan ini dengan tabah.

Thursday, March 4, 2010

Berhati-Hati Membaca Buku Ketika Berjalan..........

IBU pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra I (SMKTIP1) cuba menenangkan Noreha Abu Hassan selepas kakinya tersepit pada jeriji penutup longkang ketika asyik membaca buku ketika berjalan pulang ke rumahnya dekat Kampung Baru, Gua Musang, petang kelmarin. Pelajar itu asyik menyemak buku dan tidak menyedari jeriji sehingga kakinya tersepit pada celah besi berkenaan hingga paras betis. Sepasukan tiga anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang berjaya mengeluarkan kaki mangsa tanpa sebarang kecederaan. - Foto Ramli Ibrahim Berita Harian
Budaya membaca ini amat bagus dan dimana sahaja kita boleh untuk membaca buku tetapi kita juga harus berhati-hati jika kita membaca sambil berjalan takut terjadi seperti adik kita ini.Apa pun alhamdulillah dia tidak mengalami kecerderaan yang serius dan beliau juga harus diberi penghormatan dan pelajar contoh untuk pelajar-pelajar lain tidak kira dimana sahaja berada membaca buku tetap no 1......

Monday, March 1, 2010

Fairus dah Keluar PKR,Zulkifli Nordin bila lagi?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno. - foto BERNAMA


Satu lagi tamparan hebat yang PKR terima apabila bekas TKM 1 Pulau Pinang keluar PKR untuk menyertai UMNO.Mohammad Fairus membuat tindakan bijak dengan menyertai UMNO kerana hanya UMNO sahajalah yang dapat memperjuangkan nasib orang-orang melayu di negara ini.Selepas Fairus selepas ini mungkin Y.B Zulkifli Nordin pula yang akan menyertai UMNO sama-samalah kita nantikan.Baru-baru ni Y.B Zul telah mengeluarkan kenyataan melalui blognya dengan lantang menyuarakan pendapat berhubung pimpinan Islam yang sedia menjadi ‘bajingan’ dan ‘balaci’ terhadap pihak tertentu. Beliau turut menyelar orang bukan Islam membabitkan isu penghinaan dan pertikaian terhadap hukum Islam serta pemimpin yang mementingkan kedudukan dan jawatan dengan mengetepikan prinsip dan matlamat perjuangan sebenar agar kembali berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. .Itulah Y.B Zul yang sentiasa membuatkan Anwar Ibrahim pening memikirkan tentang tingkah lakunya..........


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.
Menurut beliau keputusan berkenaan dibuat atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.
"Saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta kepentingan rakyat malaysia, saya mengumumkan penyertaan saya dalam umno dan Barisan Nasional (BN).
"Oleh yang demikian dengan rasmi saya keluar daripada PKR atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti tersebut," katanya pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini malam tadi.
Pengumuman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut dibuat selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik tanah air.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.
Menurut Mohammad Fairus, beliau mengambil keputusan meningalkan PKR kerana parti itu dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan agama dan bangsa Melayu.
"Kemuncak batas kesabaran saya ialah apabila isu kalimah Allah timbul, saya memantau setiap kenyataan pemimpin yang ada di Malaysia tanpa mengambil kira parti politik.
"Tapi bila lihat kenyataan pucuk pimpinan dan kenyataan rasmi PKR, ianya amat mendukacitakan... tenyata mereka begitu longgar mempertahankan perkara sepenting itu dan sedasar itu," katanya.
Pertengahan bulan lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan tuduhan rasuah terhadapnya yang dikaitkan dengan aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.
Kes berkenaan antara lapan kes berprofil tinggi yang ditutup SPRM.
Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Najib dalam ucapannya berkata, beliau sebagai Presiden Umno menerima penyertaan Mohammad Fairus dengan senang hati.
Katanya, beliau menyedari tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno adalah atas dasar prinsip perjuangan dan bukan kerana jawatan.
"Kami terima dengan senang hati kerana saya tahu bahawa Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan dasar (perjuangan), bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran.
Selain itu Najib juga menyatakan keyakinan bahawa Mohammad Fairus mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada Umno.
"Selamat datang Fairus... kita akan jaga dia dengan baik, saya percaya dia boleh bagi sumbangan yang besar kepada Umno untuk membela nusa dan bangsa," katanya.
Tambah Najib lagi, tindakan Mohammad Fairus itu membuktikan PKR gagal mempertahankan prinsip untuk memartabatkan agama Islam.
"Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR kerana parti itu gagal mempertahankan apa yang dianggap sebagai soal prinsip.
"Prinsip yang paling penting ialah maruah dan martabat agama Islam, dalam hal ini dia berpendapat PKR gagal berbuat demikian," katanya.-MSTAR ONLINE