? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, March 13, 2010

DADAH ?Siapa Artis Yang Mungkin Mati Di Tali Gantung Ni Yer?


Anak pelakon wanita terkenal kena tahan jadikan kediaman proses kokain, syabu
KUALA LUMPUR: Seorang artis lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta menjadikan kediamannya di sebuah kondominium mewah di Kepong di sini sebagai tempat memproses kokain dan syabu.
Artis berusia 31 tahun itu yang juga anak pelakon wanita terkenal, ditahan bersama rakan wanitanya berusia 23 tahun di tempat letak kereta di sebuah kondominium di Segambut, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin sebelum dibawa ke kediamannya untuk pemeriksaan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata hasil pemeriksaan itu polis menemui 800 gram kokain bernilai RM650,000 dan 1.4 gram syabu bernilai hampir RM2,000 yang tersembunyi dalam sebuah bilik di kediaman artis terbabit. Beliau berkata, polis turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah berkenaan. Ketika dihubungi, semalam, beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan hasil maklumat awam dan risikan polis sejak seminggu lalu. “Siasatan awal mendapati suspek tidak terbabit dengan mana-mana sindiket dan dipercayai bergerak secara individu, namun siasatan terperinci masih dijalankan. “Polis juga masih menyiasat sama ada pembabitan individu lain dalam kegiatan ini dan dadah itu dipercayai untuk diedarkan di pasaran tempatan,” katanya. Beliau berkata, ujian saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah. Semalam, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, kira-kira jam 11 pagi, bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Pendaftar Mahkamah Rendah, Azizah Abdul Rahman, memerintahkan kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga Khamis depan. Artis dan rakan wanitanya itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan-Berita Harian
Alamak! Terkejut juga yer siapalah gerangan artis ini yang sabit kesalahan akan ke tali gantung kerana mengedar dadah.Artis sepatutnya menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat ini tidak menjadi sebaliknya.Patutlah Wardina pernah menyatakan bahawa artis tidak layak menjadi contoh ikutan.Tetapi apabila beliau menyatakan sedemikian ramai yang menghentam beliau.Apa pun kita pakat tunggu siapkah gerangan artis ini apabila kesnya di sebut di Mahkamah nanti dan jika bersalah maka tamatlah riwayat hidupnya kerana kesalahan ini amat berat dan menyesal pun sudah tidak berguna lagi...........

3 comments:

Admin CCZ said...

Dunia keseronokan yang diinginkan oleh setiap manusia tetapi seronok itu hanya sementara. Selagi masih muda. BIla dah berusia langsung dilupa.

Zon Artis staff said...
This comment has been removed by a blog administrator.
lagenda said...

Salam,
CCZ-Betul tu mencari kemewahan yang berlebihan ni kadang-kadang memakan diri juga yer.

Zonartis-Maaf terpaksa memadam komen anda kerana biarlah orang berteka teki lagi dan nama yang anda berikan itu memang mengejutkan la jika benarlah beliau yang melakukannya.
http://www.zonartis.com/lagi-artis-kantoi-dadah-dan-mungkin-mati-di-tali-gantung/