KETUA Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Feisal Libertus Abdullah memeriksa tempat kejadian di mana Suhana Mohd Syariff, 26, (gambar kecil) yang mati ditikam oleh rakan karib wanitanya berbangsa cina di Jalan Kristal, belakang Shahab Perdana, Alor Setar, 3 Mac. - Utusan
ALOR SETAR 4 Mac - Suhana Mohd. Sharif, wanita yang mati akibat ditikam oleh rakan karibnya sendiri malam tadi, pernah mengadu menghadapi masalah beberapa hari sebelum kejadian yang menimpanya itu.
Allahyarham yang berusia 26 tahun pernah memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Zaharah Idrus, 60, kira-kira tiga hari lalu.
Menurut Zaharah, dia tidak menyangka luahan masalah Suhana itu berakhir dengan insiden ngeri apabila anaknya ditikam sehingga mati oleh rakan baiknya sendiri.
"Pada malam kejadian, dia (Suhana) keluar dari rumah kira-kira pukul 8 malam tanpa memberitahu ke mana dia pergi. Saya sempat berpesan kepadanya supaya membeli beberapa barangan dapur.
"Namun, sampai tengah malam, dia tidak pulang ke rumah sehinggalah polis datang kira-kira pukul 1 pagi tadi memaklumkan anak saya meninggal dunia akibat ditikam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Allahyarham Suhana meninggal dunia setelah ditikam bertubi-tubi oleh rakan wanitanya di Taman Kristal, Mergong di sini malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam itu apabila mangsa dikatakan ditikam tujuh kali di beberapa bahagian badan termasuk perut dan dada.
Rakan wanita yang dipercayai menikamnya kemudian turut mengelar tangan kiri dan menikam dadanya sendiri sejurus kejadian tersebut.
Zaharah yang tinggal di Tongkang Yard di sini berkata, dia dan keluarganya selalu menasihatkan arwah agar tidak terlalu rapat dengan Oren yang berperwatakan seperti seorang 'tomboy'.
"Anak saya dan wanita itu berkawan baik sejak tujuh tahun lalu. Dia (Oren) selalu datang ke rumah namun saya tidak suka Suhana terlalu rapat dengannya.
"Pada hari raya tahun lalu perempuan itu tidak datang ke rumah saya dan saya ingatkan Suhana tidak lagi berkawan dengannya," katanya.
Zaharah mendakwa, Suhana mempunyai seorang rakan lelaki di tempat kerja dan itu mungkin menjadi punca perbalahan sehingga menyebabkan kejadian malam tadi.
"Saya begitu sedih dan tak sanggup melihat mayat Suhana kerana kesan luka akibat tikaman itu terlalu banyak di tubuhnya," katanya sebak.
Dalam pada itu, kakak sulung arwah, Shafinaz, 40, memberitahu, adiknya merupakan seorang yang periang tetapi semalam dia dilihat seperti banyak mendiamkan diri.
"Arwah sangat sayang dan suka bergurau dengan anak-anak saudaranya namun semalam apabila anak saya tanya dia mahu keluar ke mana dia hanya mendiamkan diri," ujarnya..

Al Fatihah diucapkan kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan anak mereka .Inilah akibat cemburu buta dan kerana itu berlakunya tragedi ini .Diharap keluarga mangsa bersabar dan menerima dugaan ini dengan tabah.
0 comments:
Post a Comment