? ??????????????Refined Splatter? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??5 Grabs Today. 5593 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Animated Punk? ????? ?? ???Rating: 3.3 (27 Ratings)??5 Grabs Today. 2134 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the C BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 29, 2010

Jom Pakat Hadir Program Juara Rakyat di Kupang Baling



Jom ramai-ramai pakat gi Program Juara Rakyat anjuran Penyelaras DUN Kupang,NGO dengan Kerjasama JASA Parlimen Baling.Semoga Majlis ni berjalan lancar dan sudah semestinya kehadiran Dato Mukriz untuk Sarapan Perdana amat ditunggu-tunggu oleh rakyat pada 1 mei ini.......

Wednesday, April 28, 2010

Tahniah Kaum Wanita Kerana Mendapat Koc Khas KTM

KERETAPI Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki. Laluan Pelabuhan Klang - Sentul - Pelabuhan Klang bermula hari ini. Manakala laluan Rawang - Seremban - Rawang akan dilaksana pada 15 Mei 2010. - Foto Effendy Rashid
Sekalung tahniah diucapkan kepada KTM kerana membuat pengasingan antara lelaki dan wanita dalam Koc Khas .Nampak gayanya tak dan can la untuk lelaki hidung belang mengambil kesempatan terhadap wanita.Mungkin selepas ini bas pun kena asing juga la antara lelaki dan wanita sebab bas lagi teruk sesaknya dan jelas lagi tidak selesa kepada wanita.Apapun sekali lagi tahniah kepada KTM dan Tahniah juga kepada Kaum Wanita kerana mendapat Koc Khas ini.Kita tunggu pula Koc Khas untuk lelaki.........ADA KE ?

Olahragawan Negara Milik Azizulhasni Awang

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) menyampaikan trofi Anugerah Olahragawan Negara 2009 kepada Azizulhasni sambil diperhati Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong, malam tadi.
Nicol Olahragawati kali ke-7


JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dinobatkan selaku Olahragawan Kebangsaan, manakala ratu skuasy, Nicol Ann David melakar sejarah membolot anugerah Olahragawati Kebangsaan buat kali ketujuh di majlis Anugerah Sukan Negara 2009 di Kuala Lumpur, malam tadi.
Pemilihan Azizulhasni itu menyaksikan dia memenangi anugerah berprestij berkenaan buat pertama kali dan menjadikannya sebagai pelumba basikal ketujuh memenanginya selepas Ng Jo Ngan (1970), Daud Ibrahim (1971), Rosman Alwi (1985), M Kumaresan (1987), Shahrulneeza Razali (1999) dan Josiah Ng (2004).
Pelumba yang menuntut di Universiti Deakin, Australia dan menjadi harapan negara memenangi pingat emas di Sukan Komanwel dan Asia, hujung tahun ini, mengetepikan saingan sengit daripada pemain badminton nombor satu dunia, Lee Chong Wei yang memenangi anugerah itu pada 2008. “Saya tak sangka menang kerana Lee Chong Wei nampak seperti pilihan memenangi anugerah kali ini. “Saya bangga dapat menyertai senarai pelumba basikal memenangi anugerah ini. Kejayaan ini satu rangsangan untuk berlatih gigih memenangi pingat emas di Sukan Komanwel dan Sukan Asia akhir tahun ini,” katanya di majlis berkenaan. Kejayaan pelumba berusia 22 tahun itu jelas bersandarkan kejayaannya memenangi pingat perak dalam Kejohanan Trek Basikal Dunia di Poland, Mac tahun lalu, seterusnya melakar sejarah menjadi pelumba pertama negara memenangi pingat dalam sejarah kejohanan itu. Apapun, kejayaan Nicol membolot anugerah itu buat kali ketujuh jelas mencuri tumpuan kerana menjadikannya sebagai atlit wanita paling banyak memenangi anugerah berprestij itu dalam sejarah sejak diperkenalkan pada 1966. Tidak cukup dengan itu, pemilihannya itu juga menyaksikan dia memenangi anugerah itu buat kali kelima berturut-turut sekali gus menyamai rekod perenang sensasi, Nurul Huda Abdullah yang pernah memenanginya dari 1985 hingga 1989. Sementara itu, kejayaan skuad bola sepak menamatkan kemarau 20 tahun memenangi emas di Sukan Sea Laos, Disember tahun lalu membolehkan skuad bimbingan K Rajagobal itu menjulang anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2009.




Tahniah diucapakan kepada Azizulhasni Awang dan Dato Nicol Ann David kerana dianugerahkan Olahragawan dan Olahragawati Negara malam tadi.Mungkin selepas ni jika banyak lagi kejayaan yang dicapai oleh Azizul tidak mustahil beliau juga akan di anugerahkan dengan gelaran Dato selepas ni.Sama-samalah kita mendoakan kejayaan anak muda kita ini dimasa akan datang dan Bendera Malaysia akan berkibar di mana sahaja .


Monday, April 26, 2010

BN MENANG HULU SELANGOR SENANG....




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan P Kamalanathan selepas diumumkan menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, malam tadi.



Tahniah diucapkan kepada calon BN kerana memenagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.Berkhidmatlah dengan baik untuk rakyat tunaikanlah segala janji-janji yang telah ditaburkan dan sentiasa turun padang untuk mendengar masalah rakyat jika mahu BN terus mendapat tempata di hati rakyat.Insyaallah BN akan terus memerintah negara kita pada PRU 13 nanti.BN MENANG HULU SELANGOR SENANG

Saturday, April 24, 2010

Tuan Guru Nik Aziz ,Hassan Ali Derhaka Titah Sultan Selangor...........


Hasan Ali derhaka titah Sultan Selangor

HULU SELANGOR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa semalam sebagai menderhaka kepada titah Sultan. Ahmad Zahid berkata, Dr Hasan sepatutnya bijak membuat pertimbangan dan tidak mengambil kesempatan semasa kempen pilihan raya yang sedang berlangsung untuk menyampaikan mesej perjuangan sehingga sanggup mengetepikan perintah Sultan. “Sultan adalah ketua agama dan titah baginda harus dipatuhi. Tuanku dah titahkan bahawa masjid jangan digunakan sebagai tempat berpolitik. Ini maknanya dia derhaka pada Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah),” katanya kepada media selepas majlis perjumpaan bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pelancaran Kad Pintar PLKN di Kem PLKN Pelangi Hill Resort di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri itu yang didakwa menyampaikan khutbah berunsur politik sehingga terlupa membaca selawat Nabi ketika menjadi khatib di masjid itu. “Hari ini (semalam) dalam bacaan khutbah oleh Hasan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu tidak sah. “Apa ni...sebabnya kerana Tuhan menguji kerana dia riak dan angkuh. Jadi tuhan alpakan, itulah jadinya,” katanya. - Bernama





Inilah akibatnya jika terlampau taksub dan angkuh mengingkari titah Sultan supaya tidak berpolitik didalam Masjid sampai terlupa Rukun Khutbah nak jadi apa la puak-puak ni.Politik biarlah diluar saja jangan la dok bawa-bawa sampai dalam masjid.Masjid tempat yang suci dan mulia ,Tempat untuk umat islam bersatu dah dijadikan tempat untuk berpecah belah inilah akibatnya jika hanya tahu berpolitik dan mementingkan diri sendiri.Hari ni Nik Aziz pula nak menderhaka dekat Sultan dengan menyatakan berpolitik di masjid tidak salah kerana Nabi Muhammad SAW juga melakukannya pada masa dahulu. “Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim. “Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik,” katanya ketika sidang akhbar di Banglo Pejabat Daerah di sini, semalam. Jadi sekarang rakyat nilailah sediri apa yang mereka telah lakukan .

Thursday, April 22, 2010

Awas Kepada Pengemar-Pengemar Mi Segera



Jauhi mi segera elak penyakit kronik: CAP

GEORGETOWN - Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari. “Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan. “Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam. -Sinar Harian
Memang makanan yang tidak menyihatkan mi segera ini .Tetapi nak buat macam mana memang dah rasa ketagih bila tak makan mi segera ni.Sekali sekala tak pa la dok makan kalau dok amal selalu ka memang akan kena penyakit la.Kerajaan harus melakukan sesuatu agar meyelidik terlebih dahulu mana-mana syarikat mi segera yang tidak mengikut garis panduan agar disenarai hitamkan dari memasarkan mi segera ini kerana ianya akan memudaratkan kesihatan orang ramai.

Wednesday, April 21, 2010

Tuduhan Yang Amat Melampau Terhadap Mantan PM


BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.
Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol."Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. "Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.B
ercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan.""Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat"."Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.
"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut. "Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata: "Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.-Malaysiakini
Betapa teruknya PAS nak membela Zaid sanggup mengaibkan Mantan PM kita yang terdahulu.Tetapi apa yang nak dihairankan PAS ni memang jenis Parti yang macam ni suka mengaibkan orang.Inilah senjata yang mereka akan buat demi untuk memenangi PRK Hulu Selangor dengan cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat .Kepada pengundi di Hulu Selangor janganlah percaya dengan propaganda yang Pakatan Rakyat lakukan ini.Pilihlah parti yang boleh membantu anda dan janganlah pilih parti hanya tahu bercakap tetapi tidak melakukan apa pun kepada rakyat.....Yang jelas nyata sekarang ialah PAS lebih teruk kerana mengaibkan orang yang telah meninggal dunia ..............Tunggu Penjelasan Tun Dr M

Tuesday, April 20, 2010

Terkini Lagi Keluar Parti PKR,Petanda BN akan Menang Di Hulu Selangor

KETUA Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman (kiri) dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir menunjukkan tanda bagus selepas mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Sungai Selisek, Hulu Selangor, 20 April. - Utusan/ISMAIL KAMADIN
Dua pemimpin Wanita PKR Perak keluar parti, sertai UMNO

HULU SELANGOR 20 April – Moral Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus tercalar apabila dua pemimpin Wanita Perak mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.
Mereka ialah Ketua Penerangan Wanita PKR Perak, Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai, Roshanita Mohd. Basir.
Kedua-dua mereka menjelaskan tindakan itu didorong oleh rasa tidak puas dengan kepincangan pentadbiran parti selain tidak dapat menerima kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menentukan hala tuju parti secara bersendirian.
Turut keluar parti ialah suami Roshanita, Saghazali Abdul Kadir. – Utusan
Ramai juga yang keluar PKR sejak dua menjak ni yer.Tu la sapa suruh masuk parti yang tak berjenis macam PKR ni memang tak boleh nak membantu rakyat punya.Kepada sesiapa yang teringin atau ada cita-cita nak masuk PKR tu baik lupakan sajalah.Tengok la lepas ni makin ramai lagi yang akan kelua PKR kerana tak sehaluan dengan pemimpin mereka yang ternyata mengamalkan kroni dan sebagainya.Ini petanda jelas bahawa BN akan menang dengan majoriti yang lebih tinggi di Hulu Selangor...

Sunday, April 18, 2010

Gambar Pengkebumian Achik Spin

SANAK saudara serta sahabat handai hadir pada pengkebumian jenazah Abdillah Murad Md Shaari atau lebih di kenali sebagai Achik Spin di Makam Tuan Haji Said di Seremban, hari ini. Achik Spin, 27, terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan di KM14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban 6.16 petang, semalam. - Foto Owee Ah Chun
IBU Allahyarham Achik, Badriah Awalludin (tiga dari kanan) dan isterinya HM Rose Zaitul Surianai (kanan) tidak dapat mengawal kesedihan semasa pengkebumian jenazah Allahyarham di Makam Tuan Haji Said, Seremban, hari ini. - Foto Owee Ah Chun

SEREMBAN: Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini, kira-kira 1 petang ini.Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini setelah selesai bedah siasat.
Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di sini kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.
Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, SitiNordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini kira-kira jam 6.15 petangsemalam.Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkatasetengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon memintabeliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana."Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yangmenyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedihyang sungguh mengejutkan saya," katanya.Katanya minggu lepas beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknyasetelah seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasukmengecatnya."Katanya ini akan memudahkan ibu mertuanya untuk 'melihat' isteri dananaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan," katanya.Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliauberjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya."Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lalu," katanya. Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa."Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petangsemalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu jam 6 petang dia sudahmeninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nanalihat anaknya panggil ayah," katanya.Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi danaktif."Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik."Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham."Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordianamelalui khidmat pesanan ringkas," katanya. - Bernama

Al-Fatihah Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman.Amin



Gambar-Gambar Kemalangan Achik Spin,Al Fatihah.......

KERETA Toyota Estima yang dinaiki bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau nama sebenar, Murad Md Shari, 28, dan sepupunya Salihin Md Salleh, 29, terbakar selepas terbabas dan melanggar tiang papan tanda di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, petang semalam. /Berita Harian
Isteri dan Kaum Keluarga Achik Spin


Api marak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi. - Foto BERNAMA






SEREMBAN: Bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Salihin yang masih dalam keadaan terkejut memberitahu dia tertidur sepanjang perjalanan dan tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku.“Apabila sedar, saya berada di tepi lebuh raya dan dalam kesakitan,” katanya yang patah tangan kiri dan kaki kanan sebelum dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.Katanya, mereka bertolak dari pejabat perniagaan buku dan produk kesihatan milik Achik di Muar, Johor, kira-kira jam 7 pagi semalam ke Angkasapuri dan bertolak pulang ke rumah penyanyi itu di Seremban 2, kira-kira jam 4 petang.Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia. “Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak," katanya.Sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7.10 malam dan berjaya memadamkan kebakaran tidak lama kemudian. Acik yang berasal dari Felda Sendayan, dekat sini menyerlah dalam bidang seni ketika bersama Kumpulan Spin melalui album Roda Roda Rindu.Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.Achik yang mengahwini HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, 29, pada 2005 kehilangan anak sulung, Puteri Rania pada 29 Mac 2007 ketika berusia dua bulan disebabkan masalah usus dalam perut.Sementara itu, Rosezaitul atau Tasha yang dihubungi Berita Minggu, tidak mampu berkata-kata kerana masih terkejut mendengar berita sedih itu, sebaliknya panggilan dijawab seorang gadis yang mendakwa sepupunya, Nurul Fazarin Roseli, 25, memaklumkan mereka dalam perjalanan ke HTJS. “Maaf... Tasha tak mahu bercakap dengan sesiapa, dia masih terkejut bila menerima berita kematian Achik. Kami dalam perjalanan ke hospital kerana baru saja dimaklumkan bahawa jenazah akan dihantar ke sana,” katanya. Sebelum kemalangan, Achik bersama Nana baru saja menjayakan persembahan bersama RTM yang disiarkan secara langsung menerusi TV2, iaitu program hiburan Gah 1. Mereka sempat mendendangkan lagu baru, Cari Ketenangan dan Achik sendiri menyanyikan lagu solo barunya, Engkau Yang Ku Cinta.Usaha mendapatkan komen Nana mengenai kejadian itu tidak berhasil apabila dia tidak membalas kiriman SMS mahupun menjawab panggilan telefon.





Salam Takziah diucapkan kepada keluarga Achik Spin diatas kembalinya ke rahmatullah Achik Spin semalam akibat kemalangan.Terkejut juga mula-mula mendengar berita ini bukan pa sempat juga tengok dia menyanyi kat TV1 semalam .Buka tengok berita tv3 semalam dia dah meninggal.Apa pun sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah dan kepada keluarga Achik diharap bersabar di atas ketentuannya.Semoga Roh Achik ditempatkan dikalangan orang-orang beriman

Wednesday, April 14, 2010

Gambar-Gambar Majlis Ijab Kabul Tan Sri Isa Samad dan Bibi Sharliza

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad menyarungkan cincin ke jari isterinya, bekas Setiausaha Pergerakan Pueri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid selepas selamat diijabkabulkan di Kuala Pilah, 14 April. - Utusan/ABD. RAZAK AID

MAJLIS persandingan Tan Sri Mohd Isa Samad, 61, dengan Bibi Sharliza Mohd Khalid, 40, selepas diijab kabul di rumah pengantin perempuan di Taman Fatimah, Kuala Pilah, petang tadi. - Foto Dzulkeffli Mustapha/Berita Harian
Selamat Pengantin Baru Tan Sri Isa dan Isterinya Bibi Sharliza ..Selepas menduda selama 4 tahun akhirnya Tan Sri menemui jua Jodohnya.Tahniah diucapkan kepada Tan Sri dan Selepas mendapat Bibi ni diharap cepatlah pula dapat baby yer Tan Sri. Apa pun pengantin sama cantik sama padan semoga berbahagia selalu dan sampai ke akhir hayat.


Banyaknya Rakyat Malaysia Dok SMS Sampai 80 Bilion Setahun

KUALA LUMPUR - Para pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar kira-kira 80 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat mesej multimedia (MMS) tahun lalu, meningkat empat kali ganda berbanding tahun 2008.
Berdasarkan kiraan kasar, jika caj purata perkhidmatan yang dikenakan ialah 20 sen bagi setiap penghantaran, bermakna mereka sudah membelanjakan lebih RM16 bilion untuk SMS dan MMS.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, pengguna telefon bimbit tidak perlu bimbang kandungan SMS dan MMS mereka itu dipantau kerana tahap kerahsiaan serta hak peribadi pelanggan tetap dilindungi.
"Syarikat telekomunikasi tidak menyimpan kandungan SMS, MMS ataupun panggilan video pelanggan.
"Mereka hanya menyimpan log transaksi selama 12 bulan untuk tujuan pengeluaran bil jika wujud pertikaian,'' jelasnya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam.-KOSMO ONLINE
Fuhh banyak sungguh rakyat Malaysia dok SMS sampai 80 Billion setahun.Kayalah syarikat-syarikat Telekomunikasi macam ni.Cuma diharap kadar SMS dan MMS tu dapat diturunkan lagi dan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat selepas ini



Tuesday, April 13, 2010

Gobala di Bala kan di Kuala Ketil.........


Semalam telah berlangsungnya mesyuarat agong PKR Cabang Baling bertempat di Dewan Majlis Daerah Baling (MDB) Kuala Ketil.Suasana yang pada mulanya sejuk mula bertukar panas dan kecoh diluar dewan sebelum bermulanya mesyuarat kerana tidak berpuas hati dengan agenda mesyuarat.Bekas Naib Ketua Keadilan Cabang Baling) telah mengemukakan usul tidak percaya kepada jawatankuasa Cabang Baling kerana minit mesyuarat yang diberikan kepada perwakilan tidak dimasukkan beberapa perkara yang telah diusulkan oleh beliau pada mesyuarat yang lalu, tetapi tidak dimasukkan di dalam minit mesyuarat semalam.Ini menimbulkan kemarahan beliau dan perwakilan kerana seolah-olah jawatankuasa yang ada tidak telus dan menipu mereka.Walaupun dengan campur tangan N.Gobalakrishnan masalah itu tidak dapat diselesaikan dan keadaan bertambah kecoh dan menjadi tidak terkawal .Selepas itu N.Gobalakrishnan mengambil alih tempat pengerusi untuk mengendalikan mesyuarat dan meminta sokongan oleh perwakilan tetapi tidak diendahkan oleh perwakilan dan mendesak undi tidak percaya terus dilakukan. Keadaan mesyuarat yang tidak terkawal menyebabkan Tuan Haji Wan Salleh bin Wan Isa (Timbalan Pengerusi 1 PKR Negeri Kedah ) Menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat .Walaupun Gobala ni nampak hebat di Parlimen dengan provokasi yang beliau lakukan tetapi semalam di Kuala Ketil beliau telah di balakan .Penat saja mai jauh-jauh dari KL katanya semata-mata nak memantau perjalan mesyuarat tetapi mesyuarat terpaksa ditangguhkan akibat dari perebutan kuasa dan sebagainya. Biasalah PKR kalau tak buat kecoh bukan PKR lah namanya.PKR (Parti Kecoh Rakyat)............

Monday, April 12, 2010

Pakatan Rakyat Menang Di Hulu Selangor



HASIL TINJAUAN OLEH MSTARONLINE

Parti pilihan anda di kawasan Parlimen Hulu Selangor

Barisan Nasional (BN)

28.4%

Parti Keadilan Rakyat (PKR)

71.6%

Di petik Dari

http://mstar.com.my/tinjauan/?id=168&view=result




Inilah hasilnya tinjauan yang dilakukan oleh Mstaronline yang saya ambil dari web Mstaronline pada hari ini.PKR telah memenangi kemenangan moral sebelum hari penamaan calon jika dilihat dari hasil tinjauan yang dilakukan oleh Mstar .Tetapi ini hanyalah sekadar tinjauan sahaja tidak semestinya ianya benar-benar terjadi.Cuma BN harus bekerja dengan lebih kuat lagi untuk menawan hati pengundi di Parlimen ini. Jika kena kepada kempen-kempen yang dilakukan oleh BN tidak mustahil Hulu Selangor akan kembali semula kepada BN.Sekarang adalah masanya untuk semua Parti-parti Kompenen BN untuk bersatu atas semangat 1 Malaysia untuk menakluk Parlimen Hulu Selangor tidak kira dari parti mana yang akan menandingi Parlimen ini.Jika di Hulu Selangor inipun kita masih berbalah sesama parti kompenen BN lupakan sahajalah untuk merampas kembali negeri-negeri yang terlepas kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.........

Sunday, April 11, 2010

Adakah Calon MIC Hulu Selangor Berbangsa Sikh....?



MIC diramal tegang
SHAH ALAM - Penganalisis politik meramalkan akan wujudnya ketegangan dalam MIC sekiranya calon yang bakal diputuskan pada 14 April ini tidak memihak kepada Timbalan Presidennya, Datuk G Palanivel.Pensyarah Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata, kesan ketegangan itu kemungkinan MIC akan berpecah dua berterusan.“Ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengumumkan parti yang dipertaruhkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, beliau hanya memutuskan parti dan bukannya calon sebagaimana yang diusulkan oleh Samy Vellu,” katanya.Menurutnya, MIC perlu meletakkan calon yang meyakinkan sekiranya ingin memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor."Selain meletakkan calon yang sesuai untuk selamat daripada kekalahan teruk tersebut, MIC juga perlu mentransformasi partinya untuk memikat lebih ramai golongan muda sama ada untuk meraih undi ataupun penglibatan dalam dunia politik,” katanya.Beliau berkata, calon yang bakal dipertaruhkan kelak haruslah dekat dengan masyarakat.“Sekiranya Karam Singh Walia itu ahli MIC dan parti memutuskan meletakkan ikon masyarakat itu, saya yakin MIC akan menang,” katanya sambil menyifatkan wartawan alam sekitar itu dekat dengan rakyat.Sementara itu, penganalisis politik bebas, Dr Mahyuddin Ghazali berkata, perpecahan awal dalam MIC sudah berlaku kerana ada yang setuju Palanivel dicalonkan dan sesetengahnya pula tidak bersetuju.“Namun saya tidak terkejut sekiranya akhirnya Palanivel ‘diturunkan’ MIC kerana ia berbalik kepada tradisi iaitu yang mempunyai suara kuat akan menang,” katanya.-Sinar Harian
Betul juga ye kata Pensyarah UKM ni kalau MIC nak menang harus memilih calon yang dekat dengan masayarakat seperti Karam Singh Walia.Tetapi Mahu ka Karam Singh ni nak jadi calon dengan masalah kemelut dalaman MIC yang tidak selesai-selesai.Sekali-sekala nak tengok juga bangsa sikh yang jadi ahli parlimen mewakili BN sekurang-kurangnya bolehlah berdebat di dewan rakyat dengan Karpal Singh dan anaknya tu dan kita boleh tengok siapa yang paling hebat Karam Singh Walia ka yang hebat atau Karpal yang sentiasa mencari pasal tu ka yang hebat..............

Saturday, April 10, 2010

Lihatlah Aksi Cemas Peragut Berparang Mengejar Warga Emas

TURUTAN gambar menunjukkan Mary Rose Joseph, 63,
melalui detik cemas apabila dikejar peragut

KUALA LUMPUR: Usaha seorang suri rumah menyelamatkan diri daripada peragut dengan memanjat pagar rumah jirannya sambil menjerit meminta tolong tidak dapat mengelakkannya daripada menjadi mangsa ragut. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, Mary Rose Joseph, 63, dikejar dua peragut bermotosikal, termasuk seorang bersenjata parang yang turut memanjat pagar untuk meragut rantai leher mangsa.
Kejadian di Taman Mastiara, Jalan Ipoh di sini, berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu yang turut disiarkan Buletin Utama TV3, malam tadi.
“Dia (peragut) turut memanjat pagar (rumah jiran) mengejar saya. Saya meminta tidak dicederakan kerana terlalu takut melihat parang di tangannya. “Saya ditolak hingga terjatuh di bawah ampaian sebelum rantai emas saya diragut. “Peragut terbabit hanya melarikan diri sebaik melihat seorang jiran yang terdengar jeritan saya keluar dari rumah,” katanya. Mary Rose bersyukur kerana tidak dicederakan dua penjenayah terbabit, namun masih trauma dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi apabila menonton semula CCTV. “Pengalaman ini cukup menakutkan kerana peragut bersenjata tidak lagi melakukan jenayah di jalanan, malah sudah berani mengejar mangsa hingga ke rumah,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jinjang, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan sedang meneliti laporan mangsa, termasuk rakaman CCTV berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek berusia antara 21 dan 22 tahun yang dipercayai warga tempatan. Bagaimanapun, beliau menafikan kawasan terbabit adalah kawasan panas kerana jarang berlaku jenayah.

Memang berani mati betul geng-geng peragut ni yer .Semakin kurang ajar peragut ni yer sanggup buat macam tu sekali kepada warga emas .Nasib warga emas itu tidak tercedera atau meninggal dunia .Oleh itu berhati-hatilah kerana jenayah ada dimana-mana walaupun kita berada dirumah.Awasilah keluarga anda semua dari si peragut yang kejam ini.......



Friday, April 9, 2010

Apabila Replika Masjid Dijadikan Sasaran Untuk Ditembak

GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Daily Mail semalam menunjukkan replika masjid yang digunakan di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara, Britain

BELLERBY - Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.
Semua replika itu termasuk masjid terbesar di Afghanistan, Mazar-e-Sharif dapat dilihat dari jalan raya berhampiran lokasi berkenaan.
Mengulas mengenai kontroversi itu, Majlis Masjid Bradford (BMC) menyatakan, masjid-masjid itu dijadikan 'simbol bahaya' bagi mengukuhkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan.
"Kami berharap tentera Britain segera mengalihkan struktur berkenaan dan mengakui kesilapan mereka," kata wakil BMC, Ishtiaq Ahmed.
"Kami melawat lokasi itu pada Selasa lepas setelah menerima aduan orang ramai," tambahnya.
Ekoran pendedahan berita itu, agensi berita AP melaporkan, pihak tentera Britain kemudian memohon maaf kerana mengaibkabn kumpulan Islam tersebut dengan menjadikan masjid sebagai sasaran tembakan. - Agensi

Macam-macam yang barat buat untuk mengambarkan bahawa umat islam ini penganas yer.Dah tak dak benda lain asyik nak cari masalah dengan umat islam geng-geng barat yahudi ni.Kalau Islam ni semuanya penganas kalau depa semuanya baik.Senang ja dok minta maaf yer.Apa akan jadi jika Umat Islam pula yang buat replika gereja dan menembaknya mesti depa ni akan marahkan .Tetapi Umat Islam tidaklah setahap itu nak melakukannya kerana ALLAH tidak menyuruh kita bermusuhan dengan agama lain.Tetapi janganlah pula mengambil kesempatan atas toleransi yang umat islam berikan ini dengan menghina dan melakukan apa sahaja kepada Umat Islam.........Hanya ALLAH akan membalas atas apa yang mereka lakukan ini.........

Thursday, April 8, 2010

Maaf Anda Diterima Wahai Saudara Ezam Mohd Nor


Maafkan saya – Ezam

Oleh ZABRY MOHAMADpengarang@utusan.com.my
KEPALA BATAS 7 April – Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor secara terbuka memohon maaf kepada rakyat khususnya orang Melayu kerana pernah membela Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam kes liwat pertamanya.
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui perangai sebenar Anwar dan tidak mahu percaya dengan tuduhan tersebut.
“Saya nak mohon maaf atas apa yang telah saya buat, saya nak tarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu.
“Dahulu saya tidak tahu, sekarang baru saya tahu perkara sebenar,” katanya ketika berucap pada majlis ceramah umum anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Kampung Paya Keladi Tengah di sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.
Pada 8 Ogos 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.-Utusan Malaysia
Tahniah diucapkan kepada saudara Ezam Mohd Nor diatas permohonan maaf beliau ini dan sedikit sebanyak membuka mata orang ramai yang masih lagi menyokong Anwar Ibrahim.Buat saudara Ezam teruskan usaha untuk membongkarkan lagi segala rahsia Anwar Ibrahim ini kepada umum agar semua rakyat terus menolak beliau .Jangan sesekali mengaku kalah kerana kami semua di belakang anda ......

Wednesday, April 7, 2010

PM Sudah Umum Calonnya ,Sekarang Tibalah Masanya Untuk Berjuang..........

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam, petang ini. - Foto Sairien Nafis

Calon MIC akan tanding di Hulu Selangor:

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini adalah dari MIC. Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, nama calon akan dipilihnya selaku Pengerusi BN.

Semua pihak harus akur dengan keputusan PM ini dan bekerja macam biasa untuk memenangi Parlimen Hulu Selangor .Walaupun agak kecewa dengan pengumuman PM ini tetapi demi BN kita semua harus berkorban dan memastikan kemenangan Parlimen ini .PM mesti telah memikirkan apa yang terbaik untuk Parlimen ini dan janganlah pula ada bilik gerakan yang ditutup tanda protes terhadap pemilihan calon dari MIC.Buat jentera MIC pula jangan duduk goyang kaki dan membiarkan jentera UMNO MCA GERAKAN PPP sahaja yang dok buat kerja.Mereka mesti bekerja lebih kuat dari parti kompenen BN yang lain jika mahu memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor ini.Selamat berjuang kepada semua..................


Musim Artis Ditahan Polis

Ameng ditahan kerana menghantar SMS ugutan terhadap bekas isteri

Badrul Muhayat Kerana Mencederakan Isteri


Benjy di tahan kerana dadah



PETALING JAYA: Seorang penyanyi sebuah kumpulan rock 90an akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini berikutan ugutan yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas isterinya baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail ditahan ketika hadir di balai polis Sentul kira-kira pukul 2 petang semalam untuk membantu siasatan.
"Bekas isterinya membuat laporan polis pada 30 Mac lalu setelah menerima SMS ugutan itu. Esok (Hari ini), dia akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.
Pada 14 Disember 2005, Ameng pernah dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Kampung Raja dekat Jertih setelah mengaku bersalah menagih dadah jenis syabu awal September 2005.




Selepas Benjy,Badrul Muhayat dan sekarang giliran Ameng pula yang ditahan polis.Nampak gayanya sekarang musim artis ditahan polis yer .Mungkin akan ada lagi kot lepas ni ikon-ikon anak muda yang menjadikan artis idola mereka akan ditahan polis.Sama-samalah kita nantikan.........

Tuesday, April 6, 2010

Akibat Mencederakan Isteri..........


Badrul Muhayat mengaku tidak bersalah cederakan isteri

KUALA LUMPUR 6 April - Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mencederakan isterinya, Julia Daud dengan menumbuk dan menendang isterinya itu, dua minggu lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Badrul Muhayat, 42, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia, 29, dengan menumbuknya di muka dan menendang di perut di rumah mereka di Lot 313E, Jalan 49B, Bukit E, Kampung Cheras Baru, Hulu Langat pada pukul 7 pagi, 24 Mac lepas.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Julia dengan memukulnya menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki pada waktu dan di tempat yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani membenarkan Badrul Muhayat diikat jamin RM2,500 bagi dua pertuduhan itu dan menetapkan 13 Mei untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pelakon berkenaan melantik peguam bela.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa, ASP Dr A.Vasu memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 ke atas Badrul Muhayat bagi dua pertuduhan itu kerana ia berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan.
Badrul Muhayat kemudiannya merayu kepada mahkamah agar mengurangkan wang jaminan kepada RM500 atas alasan dia kurang mendapat tawaran kerja ekoran laporan media berhubung kes itu. - Bernama
Seorang isteri harus disayangi dan tidak disakiti inilah balasan yang akan diterima jika panas baran tidak bertempat.Dok kena ulang naik mahkamah la jawabnya.Macam-macam hal dunia artis ni yer.Oleh itu para suami sekelian ambillah iktibar dari kes Badrul Muhayat ini jangan sesekali menyakiti isteri........Jika tak mahu dipenjarakan

Monday, April 5, 2010

Nik Aziz Pembohong la Pulak.........

Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella)








Nik Aziz Pembohong - Kickdefella
PETALING JAYA: Penulis blog Kickdefella dalam entrinya semalam terus menyerang Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan melabelkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai pembohong.
Dia menuduh Nik Aziz demikian selepas mendakwa tidak tahu menahu kononnya ada syarat tertentu dikenakan bagi syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak iaitu mesti menderma kepada kerajaan negeri.
Malah Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa bahawa Nik Aziz kerap tertidur sewaktu mesyuarat berlangsung jika topik yang dibincangkan tidak penting baginya.
Dia yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) juga tahu Nik Aziz turut menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau al-Quran pada waktu yang sama
"Tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur daripada Menteri Besar Kelantan," katanya dalam laman blognya di kickdefella.wordpress.com di sini.
Syed Azidi mengulas penafian Mursyidul Am PAS itu yang menyebut bahawa bukan menjadi dasar kerajaan negeri Kelantan meminta mana-mana syarikat berbuat demikian termasuk menderma atau memberi bantuan kepada kerajaan negeri itu.
Nik Aziz turut membidas penulis blog yang disifatnya membuat pelbagai dakwaan dalam ruang maya masing-masing sebagai perbuatan untuk menyebarkan fahaman atau pendirian sendiri tanpa usaha menambah pengetahuan di kalangan pembaca mereka.
Reaksi berkenaan ekoran dakwaan Kickdefella yang menyatakan syarikat pembalakan yang mendapat konsesi di negeri ini menyalurkan sumbangan atau derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan PAS, kerana bantuan mendapatkan kawasan terbabit.
Dalam pada itu Kickdefella berkata, Nik Aziz bersuara juga bagi menjawab isu berkenaan setelah sekian lama menanti.
Sementara itu, dia mencabar Nik Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di negeri terbabit sejak 1990 hingga sekarang
Tindakan itu katanya, bagi membuktikan pemimpin nombor satu Kelantan itu tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaannya bahawa PAS Kelantan mengamalkan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme.
Pembohong juga ka Tok Guru kita ni.Tak kan sorang Tok Guru nak pembohong juga kot boleh percaya ka Kickdefella ni.Tapi Nik Aziz juga manusia biasa tak lepas juga melakukan kesalahan .Mungkin ada benar juga pendedahan ini mana kita tahu kan hanya ALLAH sahaja yang tahu siapa benar siapa yang salah.Yang Nik Aziz tertidur masa mesyuarat tu mungkin betul kot.........

Saturday, April 3, 2010

Gobalakrisnan Kata Dia Tidak Patut Disalahkan........



Demo tidak selesaikan masalah: Gobalakrishnan

KULIM - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan berkata, dirinya tidak harus dipersalahkan berhubung masalah mendapan tanah yang berlaku di Jalan Semarak berhampiran Taman Semarak, di sini. Menurutnya, sebagai Ahli Parlimen, beliau hanya membawa masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringkat pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan Negeri. “Kenapa salahkan saya? Saya berada di Parlimen untuk bersidang,” katanya ketika dihubungi untuk diminta mengulas tindakan kira-kira 30 individu mengadakan demonstrasi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadapnya berhubung masalah mendapan tanah sedalam kira-kira dua meter dan lebar empat meter, di sini, semalam. Kumpulan itu dikatakan menyalahkan Gobalakrishnan atas kegagalannya menyelesaikan masalah itu yang sudah berlarutan lama. Difahamkan, termasuk dalam kumpulan 30 itu adalah beberapa individu yang mengaku menyokong Gobalakrishnan dan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. Mengenai penglibatan kumpulan itu, Gobalakrishnan berkata: “Saya kesal demonstrasi yang dilakukan melibatkan beberapa ahli parti politik. Ini tidak seharusnya berlaku dan saya meminta parti terlibat mengambil tindakan tegas terhadap mereka.” “Saya sedia berbincang dan cuba mengatasi masalah dihadapi. Saya menjemput mereka datang ke pejabat saya esok untuk berbincang cara terbaik mengatasi masalah ini. Selain itu, mereka boleh membuat aduan tentang permasalahan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada ahli majlis yang dilantik,”katanya. Menurutnya, masalah yang berlaku di Jalan Semarak seharusnya dirundingkan dengan Ahli Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan diajukan kepada jabatan terlibat. “Demontrasi tidak dapat menyalesaikan masalah dan saya meminta mereka yang terlibat dapat datang ke pejabat saya di Lunas untuk membincangkan masalah itu,” katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Elyas Saad berkata, masalah tanah mendap sehingga terbentuk lubang itu bukan perkara baru, malah sudah berlarutan sejak bertahun dulu namun tidak ada tindakan berkesan dibuat untuk mengatasinya. “Memang kerja baik pulih ada dibuat namun ia tidak bertahan lama. Masalah ini bukan di Jalan Semarak saja malah turut berlaku di beberapa tempat lain di Taman Selasih,” katanya. Elyas berkata, mereka yang terlibat dalam demostrasi mungkin tidak sedar bahawa terdapat aliran air bawah tanah bermula Jalan Semarak hingga ke Simpang Tiga Keladi yang menjadi punca masalah itu berlaku. Walaupun kerja baik pulih dibuat, masalah itu akan terus berlaku. Saya dimaklumkan, kos untuk mengatasi masalah ini sekitar RM3 juta. Kerajaan Negeri jika mahu mengatasi masalah ini harus memperuntukkan wang yang banyak,”katanya.
Habis kalau tak mengharapkan Ahli Parlimen untuk membela nasib mereka siapa lagi yang boleh diharapkan wahai Y.B Gobala oii.Tak kan masalah kecil macam tu pun nak mengharapkan Kerajaan Pusat juga yang nak selesaikan.Memang Y.B Gobala ni hanya jaguh dalam Parlimen saja.Dok bercakap kurang ajar dalam Parlimen bukan main hebat tetapi diluar nak membela nasib pengundi sendiri pun dah tak mampu.Itulah wakil rakyat dalam PKR hanya boneka sahaja semuanya......

Friday, April 2, 2010

Tiada Lagi Senda Guraumu,Al Fatihah Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ,Din Beramboi



Din Beramboi dikebumikan sebelum solat Jumaat



KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat. Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang jam 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.
Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
"Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung. " Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya di Hospital Selayang di sini hari ini. Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun. Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lepas setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah. Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal. Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era. Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan. "Beliau adalah insan pertama yang ''pergi'' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau. "Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana. - Bernama



Tiada lagi senda gurau mu di tv dan radio.Tiada lagi lawak spontanmu dan ini semua akan menjadi kenangan.Al Fatihah diucapkan kepada Allahyarham Din Beramboi dan Takziah kepada keluarganya.Setiap yang hidup pasti akan mati ,semoga roh Din Beramboi dicucuri rahmat.Amin

Thursday, April 1, 2010

Mereka Akan Tembak Mati,Kata Ngeh Koo Ham


'Mereka akan tembak mati': Polis siasat Ngeh

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis sudah memulakan siasatan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa persidangan DUN pada Selasa dan semalam.
Beliau berkata dua laporan telah diterima polis daripada orang awam yang meminta polis mengambil tindakan sewajar berhubung dakwaan Ngeh (kiri) itu. "Polis Perak telah memulakan siasatan di dalam kes ini mengikut Seksyen (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan mereka yang boleh membantu siasatan akan dipanggil memberi keterangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Zulkfili menjelaskan kehadiran polis semasa persidangan itu berlangsung adalah di atas permintaan Speaker Datuk R Ganesan bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam memandangkan kekecohan pernah berlaku pada persidangan DUN sebelum ini."Pihak polis tidak berada di dalam dewan sebaliknya hanya berkawal di luar dewan dan pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (kanan) menyifatkan kenyataan Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan bahawa seolah- olah polis akan menembak sesiapa tidak disukainya, sebagai tidak bertanggungjawab dan jahat.Kenyataan Ngeh yang menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung, dibuat selepas istiadat perasmian sidang DUN, semalam.
Ngeh dipetik berkata: "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita". - Bernama



Sedapnya mulut sampai kata Polis macam tu sekali.Memang biadap la dia ni memang Polis kena ambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap kenyataan Ngeh Koo Ham ni .Tak kan lah begitu bodoh sekali pihak Polis nak tembak sesiapa saja yang ada dalam DUN tu.Hanya orang-orang yang berfikiran kolot macam Ngeh ni sajalah dok berfikir macam tu.Dah la dok dalam dewan tak tau diam macam kera kena belacan terloncat sana-sini .Buatlah apa sahaja rakyat memerhatikan tingkah laku anda.................